KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran sebuah pusat beli belah di sini pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Rabu berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi.
Menurutnya, Proton Waja dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dua kenderaan lain.
"Setibanya di lokasi mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja, Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
"Terdapat seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurut kenyataan tersebut.
Katanya, pemandu Perodua Bezza mengalami cedera ringan manakala pemandu MPV tersebut bersama anak perempuannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes masih dalam siasatan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
"Pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan dan pemandu MPV bersama anak perempuannya tidak cedera," kata kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 09 2022

Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. -Foto JBPM
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di lebuh raya
Dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic mengalami kecederaan, dengan seorang tersepit di tempat duduk pemandu.

Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Wanita maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Tanah Merah.

Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.

Pemandu wanita maut nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Pontian Lama, Iskandar Puteri pada Selasa.

Enam cedera nahas tiga kenderaan
Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, Proton Satria Neo dan Toyota Vios.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan
Kemalangan dilaporkan jam 6.57 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Waja (teksi), Proton Persona dan sebuah motosikal.

Sembilan cedera nahas tiga kenderaan
Kejadian berhampiran Setia Tropika itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza, Honda Accord dan Toyota Vios.

Seorang maut, dua cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Muadzam Shah-Rompin
Seorang lelaki dipercayai penunggang motosikal maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

3 maut nahas tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat
JBPM Pahang terima panggilan pada jam 8.57 malam mengenai nahas yang melibatkan sebuah lori, sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Axia.