GUA MUSANG: Seorang lelaki warganegara Nepal maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Kilometer (KM) 82 Jalan Gua Musang-Lojing di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati kejadian jam 11 malam itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 47 tahun dalam perjalanan dari Gua Musang hendak menuju ke Cameron Highlands, Pahang.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan masuk ke laluan kereta terbabit dan merempuhnya.
"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 01 2022

Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di KM 82 Jalan Gua Musang-Lojing pada Jumaat. - Foto PDRM
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Wanita maut motosikal rempuh kereta
Kemalangan jam 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun yang beralamat di Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemuda maut motosikal rempuh kereta
Mangsa rempuh kereta dipandu lelaki berusia 77 tahun yang keluar secara mengejut dari simpang.

Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan masuk ke laluan kereta terbabit dan merempuhnya.

Remaja 13 tahun maut, motosikal rempuh kereta
Siasatan mendapati mangsa merempuh bahagian belakang sebuah kereta Proton Saga yang ingin membelok ke simpang jalan.