KANOWIT: Gara-gara ingin mengambil buah dabai, seorang lelaki tempatan maut terkena renjatan elektrik di Jalan Lukut, Kanowit di sini pada Jumaat.
Insiden malang yang berlaku sekitar jam 3.50 petang itu disedari orang awam sebelum membuat panggilan kecemasan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik laporan diterima dari orang awam sekitar jam 3.59 petang dan segera mengerahkan anggota BBP Kanowit ke lokasi kejadian.
Mangsa Ting Siew Kiong 52 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan di sebatang pokok setinggi 35 kaki.
"Mangsa dikatakan cuba menjolok buah dabai menggunakan galah yang diperbuat daripada aluminium.
"Ketika berada di atas pokok, galah mangsa telah tersentuh kabel elektrik menyebabkan lelaki itu terkena renjatan lalu tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Arrahman, keadaan cuaca yang hujan renyai merupakan cabaran kepada pasukannya untuk menurunkan mangsa.
Sehubungan itu, pasukan Bomba mendapatkan bantuan pihak Sesco untuk memutuskan bekalan eletrik sebagai langkah keselamatan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Afiezul Samit
Sat Sep 11 2021
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan BBP Kanowit.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika jolok buah dabai
Gara-gara ingin mengambil buah dabai, seorang lelaki tempatan maut terkena renjatan elektrik di Jalan Lukut, Kanowit di sini pada Jumaat.