KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Kampung Pasir Tinggi, di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner, Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata terdahulu pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Katanya, hasil maklumat awal mangsa ke lokasi kejadian bersama dua rakannya sebelum didatangi dua suspek yang dikatakan mahu berjumpa dengan mangsa untuk berbincang dan tidak lama selepas itu rakan mangsa terdengar bunyi letupan manakala suspek melarikan diri.
Berikutan itu, rakannya telah membantu mangsa yang terkena tembakan dengan membawanya ke klinik kesihatan yang berdekatan.
“Kita masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan berapa das tembakan yang sebenarnya terkena pada mangsa.
“Kalau mengikut kepada keterangan yang ada sekarang ini mereka mendengar dua kali letupan, dan kita akan siasat,” jelas Mohd Marzukhi.
Menurut beliau, mangsa yang berusia awal 40-an itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang.
Mohd Marzukhi berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu mempunyai kaitan dengan dadah.
Katanya, pihak polis sedang mengenal pasti suspek terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Astro Awani
Sat Mar 05 2022

Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Kampung Pasir Tinggi, di sini, awal pagi Sabtu. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 25 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
RM95 juta bina sekolah antarabangsa Islam pertama Sarawak
Sarawak memperuntukkan RM95 juta untuk membina sekolah antarabangsa Islam pertama di negeri ini sebagai usaha memperkasa pembangunan intelektual belia Islam.
Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan petroleum sarawak bhd (Petros).

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.
Malaysia akan cadang inisiatif AI kepada Sekretariat ASEAN
Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk kemajuan serantau.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lelaki maut ditembak di Kampung Pasir Tinggi
Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Kampung Pasir Tinggi, di sini, awal pagi Sabtu.