LUMUT: Akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat dilibas dengan mesin pemotong rumput oleh anak saudaranya di sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Selasa.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 51 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4 pagi.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk didapati sedang bergaduh dengan suspek lelaki berusia 34 tahun di hadapan rumah kerana perselisihan faham.
"Akibat pergaduhan itu, suspek didakwa mengambil mesin rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa hingga lelaki itu mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kiri.
"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa untuk mendapatkan rawatan ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa memburukkan namanya kepada penduduk kampung.
"Berdasarkan semakan, suspek bekerja sebagai mekanik motosikal mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
"Manakala mangsa yang tidak bekerja mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau juga membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue May 03 2022
Siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa memburukkan namanya kepada penduduk kampung. - Gambar hiasan
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Lelaki maut dilibas anak saudara
Mangsa berusia 51 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.