Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibelasah beramai-ramai dalam satu pergaduhan di Perkarangan Baitul Makmur, Kuching
Hasil maklumat awam pada sekitar jam 10.20 malam, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad, mangsa yang telah berkahwin bekerja sendiri mengalami cedera parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan akibat dipukul dengan objek tumpul.
Tambahnya, perselisihan faham dipercayai menjadi punca utama mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Syamsul Izwan Mohamad Suhaili, 24, dari Kampung Bintawa Petrajaya, Kuching dibelasah teruk.
“Polis telah menemui seorang lelaki dalam keadaan keadaan berlumuran darah di atas konkrit berhampiran dengan bangunan baitulmal tersebut dimana mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di tempat kejadian,” menurut Roslan Bek.
Polis juga berjaya mengesan dan memberkas empat orang suspek utama berusia antara 21 hingga 23 tahun dipercayai rakan mangsa di dua lokasi berasingan.
“Hasil daripada maklumat dan kerjasama daripada orang awam, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan, empat orang suspek pada jam 4.45 pagi,” katanya dengan tegas.
Kes tersebut disiasat di mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.
Saksikan laporan penuh menerusi klip video disediakan Astro Awani.
Astro Awani
Tue Apr 23 2013
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Polis cari waris wanita mangsa bunuh dengan tatu 'Im Lee'
Polis sedang mengesan waris seorang wanita yang ditemukan mati dengan kesan lebam disyaki dipukul dengan senjata tumpul di tepi Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman, di sini pada 13 Oktober lalu.
Isteri antara ditahan bantu siasatan kes bunuh suami
Lima individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki berusia 55 tahun yang ditemui dalam bilik air rumahnya di Taman Makmur di sini.
Bunuh rakan kerana masakan tidak sedap, Mohamad Rosli ke tali gantung
Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas.
Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama didakwa esok
suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada 8.30 pagi dan dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala
Pihak polis memberitahu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek sebelum kejadian.
Suspek utama kes bunuh penjawat awam dicekup
Individu itu merupakan suspek utama kes bunuh seorang penjawat awam yang diburu polis sejak 2 Ogos lalu, yang berjaya dicekup di sebuah rumah panjang di Julau pagi tadi.