Suspek lelaki warganegara Nigeria, 36 tahun, yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin akan didakwa esok (Isnin).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Selain itu, katanya dua lagi suspek, seorang wanita warganegara Nigeria dan seorang warganegara Pakistan akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.
"Dua lagi suspek wanita warga Nigeria, 35, dan lelaki warga Pakistan, 38, akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.
“Bon akan disempurnakan pada tarikh dan mahkamah yang sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
BACA: Kes bunuh ketua jururawat: Reman dua suspek disambung
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan
Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei.
Afiezy Azaman
Sun May 26 2019

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Foto ihsan PDRM
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Polis cari waris wanita mangsa bunuh dengan tatu 'Im Lee'
Polis sedang mengesan waris seorang wanita yang ditemukan mati dengan kesan lebam disyaki dipukul dengan senjata tumpul di tepi Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman, di sini pada 13 Oktober lalu.

Isteri antara ditahan bantu siasatan kes bunuh suami
Lima individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki berusia 55 tahun yang ditemui dalam bilik air rumahnya di Taman Makmur di sini.

Bunuh rakan kerana masakan tidak sedap, Mohamad Rosli ke tali gantung
Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas.

Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama didakwa esok
suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada 8.30 pagi dan dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala
Pihak polis memberitahu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek sebelum kejadian.

Suspek utama kes bunuh penjawat awam dicekup
Individu itu merupakan suspek utama kes bunuh seorang penjawat awam yang diburu polis sejak 2 Ogos lalu, yang berjaya dicekup di sebuah rumah panjang di Julau pagi tadi.