BATU PAHAT: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah rumah di Taman Nira di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dolah berkata mangsa yang berusia 32 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
"Sebilah pisau juga dijumpai berhampiran mangsa.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ditemui dan tiada barang yang hilang dari rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa baru semalam (Rabu) pulang dari Kuala Lumpur ke rumah keluarga di Batu Pahat.
Menurutnya, mangsa dihantar pulang dua rakannya dan kali terakhir keluarga melihat mangsa pada tengah hari Khamis ketika mereka hendak keluar bekerja.
"Tiada ahli keluarga lain di rumah semasa kejadian.
"Keterangan awal keluarga mengesahkan mangsa ada mengadu mengalami tekanan perasaan dan ada mengambil ubat penenang," katanya.
Menurut Ismail, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Bedah siasat akan dijalankan pada Jumaat untuk mengenal pasti punca kematian dan siasatan masih diteruskan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki maut dengan kesan kelar di leher
Sinar Harian
Thu May 06 2021
Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah rumah di Taman Nira di sini pada Khamis. -Gambar hiasan
[TERKINI] Nasib Pesawah Terbela, Kepentingan Rakyat Terjamin - PM Anwar
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah.
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher
Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di bahagian leher dan tiada sebarang kecederaan lain ditemui pada badan mangsa.
Lelaki maut dengan kesan kelar di leher
Mangsa yang berusia 32 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.