SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Preve dipandunya terjunam ke dalam parit berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar dekat sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Datuk Norazam Khamis berkata kereta itu terbabas dan terjunam pada kedalaman 0.91 meter selepas dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.01 petang memaklumkan kedua-dua kenderaan itu terbabas dan terjatuh ke dalam parit tersebut.
"Anggota bomba yang tiba di lokasi enam minit kemudian mendapati ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam. Pemandu Proton Preve iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30-an telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dipercayai lemas kerana terperangkap," katanya dalam kenyataan.
Norazam berkata pasangan suami isteri itu yang tidak mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sabak Bernam dengan ambulans manakala mayat pemandu Proton Preve diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
Kereta itu terbabas dan terjunam ke dalam parit pada kedalaman 0.91 meter. - Gambar/ JBPM
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Wanita maut kereta dipandu tunang masuk parit
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak- Langkap pada petang Sabtu.
Lelaki maut akibat lemas kereta terjunam dalam parit
Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Preve dipandunya terjunam ke dalam parit berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar dekat sini hari ini.
Wanita hilang lebih seminggu ditemui mati dalam parit
Operator kilang itu hilang sejak 16 Sept selepas melaksanakan upacara sembahyang ke atas mendiang suami di sebuah kuil.