SIBU: Seorang lelaki berusia 46 tahun maut dengan lapan kesan tembakan, selepas satu serangan di sebuah kebun di KM14.5 Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada kira-kira 11.30 malam, Isnin.
Serangan berlaku ketika Pang Neng Hua bersama dua rakannya, masing-masing berusia 36, dan 46, tahun hendak beredar dari kebun tersebut, setelah selesai makan bersama di situ.
"Ketika rakan si mati sedang mengunci pagar, seorang lelaki dikatakan turun menyusuri bukit lalu melepaskan beberapa das tembakan," kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua rakan mangsa, lari menyelamatkan diri ke arah belukar di lereng bukit di situ dan apabila keluar selepas setengah jam kemudian, mereka mendapati Pang telah rebah di tempat kejadian, sebelum membawanya ke Hospital Sibu.
Zulkipli berkenaan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian pada 1.23 pagi hari ini dan siasatan awal mendapati Pang yang telah disahkan identiti oleh keluarganya, mempunyai lapan kesan tembakan pada badan.
Seorang daripada rakannya mengalami kecederaan di muka ketika menyelamatkan diri, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semasa memeriksa tempat kejadian, pihak polis menemui kelongsong peluru yang digunakan, namun ketika beliau enggan mendedahkan jenis senjata api yang digunakan penyerang tersebut, dan dipercayai lebih dari seorang penyerang terlibat dalam kejadian itu.
Ditanya sama ada si mati seorang ketua geng penjenayah yang dikehendaki polis, Zulkipli berkata perkara itu masih dalam siasatan dan menggesa agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi, serta memberi ruang kepada polis membuat siasatan.
Beliau mengesahkan si mati yang ditembak dari jarak dekat, mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang antaranya dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sebelum kejadian, Pang dikatakan telah datang ke kebun milik keluarganya, untuk makan bersama kedua rakannya itu.
Bedah siasat ke atas si mati akan diadakan esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Siasatan awal mendapati mangsa yang telah disahkan identiti oleh keluarganya, mempunyai lapan kesan tembakan pada badan. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Lelaki mati ditembak selepas makan di kebun bersama rakan
Siasatan awal mendapati mangsa yang telah disahkan identiti oleh keluarganya, mempunyai lapan kesan tembakan pada badan.

Keluarga mangsa disantuni, henti sebar spekulasi - TUDM
Tan Sri Ackbal Abdul Samad hadir bagi bertemu dan menyantuni waris-waris anggota di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching.

Ini 'show terakhir' - pesanan Mejar Zahir kepada ibu
'Show terakhir' ... ini merupakan pesanan mesej ringkas terakhir yang dikirimkan melalui aplikasi WhatsApp, Allahyarham Mejar Zahir Armaya kepada ibunya.

Azmin condemns deadly shootings at Christchurch mosques
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali in a statement today stressed his shock and sadness by news of mass shootings in mosques at Christchurch, New Zealand.