PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mempertikaikan tugas polis selain mengeluarkan kata-kata kesat ditahan di pekarangan sebuah kondominium di Damansara Perdana, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 49 tahun yang sedang minum minuman keras seorang diri itu ditahan sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah kira-kira jam 10.30 malam untuk pemeriksaan.
Menurutnya, semasa hendak melakukan pemeriksaan, lelaki itu enggan bekerjasama serta tidak berpuas hati dengan penahanan yang dibuat oleh polis terhadapnya.
"Suspek telah meninggikan suara dengan mempertikaikan tugas pihak polis serta mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan terhadap polis.
"Suspek juga telah merakam video pihak polis yang sedang menjalankan tugas serta mengugut untuk menularkan ke dalam Facebook," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, suspek yang juga seorang penulis ditahan reman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Dalam kes berasingan, dua lelaki warga asing diberkas selepas bertindak memecut kereta dinaiki semasa pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Tropicana, di sini kira-kira jam 1.45 tengah hari pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya, kereta jenis Honda itu berjaya ditahan di Jalan PJU 1a/42b Damansara.
"Siasatan awal mendapati suspek mengaku melarikan diri dari pemeriksaan polis kerana tidak mempunyai lesen memandu dan pasport.
"Kedua-dua suspek berumur 35 dan 39 tahun dan telah ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Berita asal: Padah lelaki carut polis ketika diperiksa
Sinar Harian
Wed Apr 28 2021
Seorang lelaki yang mempertikaikan tugas polis selain mengeluarkan kata-kata kesat ditahan di pekarangan sebuah kondominium di Damansara Perdana.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Lelaki 'maki' polis ketika diperiksa ditahan
Semasa hendak melakukan pemeriksaan, lelaki itu enggan bekerjasama serta tidak berpuas hati dengan penahanan yang dibuat oleh polis terhadapnya.