Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot semasa menjala ikan di Sungai Lumut Kanan, berhampiran Jeti Titi Panjang, Seri Manjung.
- Pihak bomba menerima maklumat pada pukul 12.18 tengah malam dan segera bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan dari BBP Pulau Pangkor dan BBP Sitiawan.
- Mangsa ditemui terapung pada jarak 100 meter dari lokasi dipercayai terjatuh kira-kira pukul 10.20 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Operasi tamat pada pukul 11 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat pada 12.18 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dengan bantuan BBP Pulau Pangkor dan Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 100 meter dari lokasi dipercayai terjatuh kira-kira 10.20 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata operasi tamat pada 11 pagi tadi.
-- BERNAMA