Hasil pencarian hampir tiga jam oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, berjaya menemukan mangsa lelaki yang dilaporkan lemas di lombong dekat Changkat Tualang, di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.45 pagi.
Ekoran itu, anggota dari BBP Gopeng dengan bantuan dari PPDA Ipoh bergegas ke lokasi bagi mengesan seorang lelaki berumur sekitar 30 tahun yang dikatakan terjatuh di dalam lombong itu.
"Hasil pengesanan dari anggota BBP Gopeng memang wujud kes lemas di lokasi itu dan memohon bantuan unit PPDA BBP Ipoh untuk kerja pencarian mangsa.
"Pasukan unit PPDA telah menjumpai mangsa dari jarak 50 meter dari tebing lombong itu dengan menggunakan teknik selaman dasar.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan kes masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat itu termasuk sembilan anggota polis, tujuh anggota BBP Gopeng dan lima anggota unit PPDA Ipoh.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Norzamri A. Wahab itu tamat pada pukul 12.10 tengah hari.
Aida Aziz
Wed Jan 01 2020
Anggota keselamatan mengambil masa selama tiga jam untuk menemukan mangsa lelaki yang lemas di lombong. - Gambar JBPM
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Lelaki lemas di lombong ditemui
Hasil pencarian oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, berjaya menemukan mangsa lelaki yang dilaporkan lemas di lombong dekat Changkat Tualang.