Dua termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di KM29 Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata mangsa yang maut ialah Shahrim Daini, 46, yang bekerja sendiri, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat ketika menjalani rawatan manakala Nur Arlisa Shakira Abdul Rahman, 3, maut di tempat kejadian.
"Kemalangan berlaku pada 10.45 pagi tadi, ketika ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal Yamaha 125Z sedang dalam perjalanan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat.
"Shahrim dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori jenis Isuzu yang hendak membelok ke kanan jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Din berkata wanita yang berkenaan, Nurul Suhaida Shukor, 23, yang juga ibu kanak-kanak terbabit, kini dalam keadaan separuh sedar di HSNI.
Beliau berkata Nurul Suhaida mengalami patah kaki dan pendarahan kepala manakala pemandu lori yang berumur 56 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca baik dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Bernama
Thu Jun 30 2016
![Lelaki, kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan Lelaki, kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445835312_kemalangan.jpg)
Kemalangan berlaku pada 10.45 pagi ketika ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat. -Gambar hiasan
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Lelaki, kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan Lelaki, kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445835312_kemalangan.jpg)
Lelaki, kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan
Kemalangan berlaku pada 10.45 pagi tadi ketika ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal Yamaha 125Z sedang dalam perjalanan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat.