JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah maut, dipercayai dibunuh dalam pergaduhan di antara ahli sindiket, di sebuah pangsapuri di Jalan Masai Jaya 2, di sini semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah malam di sebuah rumah di aras dua pangsapuri itu, mangsa berusia 23 tahun ditemukan maut di aras bawah bangunan dipercayai selepas jatuh daripada balkoni.
Menurutnya, pergaduhan dipercayai berlaku disebabkan perbalahan berkaitan dadah antara mangsa dan tiga lelaki tempatan, yang juga ahli sindiket yang berusia 20 hingga 30 tahun itu yang membawa kepada kematian.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat seorang lelaki (mangsa) jatuh daripada aras dua balkoni dan mangsa disahkan meninggal dunia.
"Mereka ini rakan sindiket penagihan dan pengedaran dadah dan mungkin salah seorang tidak bayar hutang dadah syabu dan bergaduh," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan unit forensik mendapati terdapat kesan pergelutan serta unsur jenayah, yang menyebabkan mangsa jatuh daripada balkoni itu dan pemeriksaan ke atas badan mangsa turut mempunyai kesan kecederaan dan pendarahan di bahagian belakang kepala.
Kamarul Zaman berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada mangsa ditolak daripada balkoni terbabit.
Beliau berkata susulan dari siasatan yang dijalankan juga membawa kepada tangkapan tiga individu yang terlibat dalam pergaduhan itu pada hari kejadian di sekitar kawasan Desa Jaya, di sini.
Menurutnya, semakan rekod ke atas ketiga-tiga individu terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan berlainan, seorang pekerja swasta wanita berusia 40 tahun di negeri ini menjadi mangsa 'Love Scam' mengalami kerugian hampir RM500,000, akibat diperdaya seorang lelaki di media sosial.
Beliau berkata wanita terbabit yang masih belum berkahwin itu telah membuat sebanyak 20 transaksi sejak tahun lepas sehingga semalam, kepada lelaki terbabit yang merupakan warga asing, sebelum menyedari ditipu dan tampil membuat laporan polis.
"Saya ingin berpesan terutama mereka yang bersendirian dan rasa kesunyian, kebanyakan Love Scam ini berlaku, apabila mangsa memasukkan duit kepada banyak akaun. Ini taktik scammer, dalam kes ini sahaja lebih 15 akaun berbeza (wanita tersebut membuat transaksi), jadi tolong berhati-hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
![Lelaki jatuh balkoni dipercayai dibunuh rakan sindiket Lelaki jatuh balkoni dipercayai dibunuh rakan sindiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653894970_TBKamarulZamanMamat.jpg)
Pergaduhan dipercayai berlaku disebabkan perbalahan berkaitan dadah antara mangsa dan tiga lelaki tempatan, yang juga ahli sindiket yang berusia 20 hingga 30 tahun itu yang membawa kepada kematian. - Gambar fail
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Lelaki jatuh balkoni dipercayai dibunuh rakan sindiket Lelaki jatuh balkoni dipercayai dibunuh rakan sindiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653894970_TBKamarulZamanMamat.jpg)
Lelaki jatuh balkoni dipercayai dibunuh rakan sindiket
Seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah maut, dipercayai dibunuh dalam pergaduhan di antara ahli sindiket, di sebuah pangsapuri di sini, semalam.