BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along membabitkan pinjaman sebanyak RM2,676,000, pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu merupakan pemilik akaun yang digunakan oleh sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen untuk urusan pinjaman tersebut, dia bukan along cuma keldai akaun kepada sindiket tersebut.
"Polis berjaya mengesan suspek itu selepas seorang lelaki membuat laporan polis telah menerima ugutan daripada sindiket along tersebut selepas mangsa gagal membuat bayaran balik pinjamannya dengan sindiket berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mangsa telah meminjam sebanyak RM2,676,000 sejak 30 Dis 2021 hingga 19 Julai 2022 dan telah membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM1,608,000 ke sembilan akaun bank berlainan secara berperingkat.
Bagaimanapun, peminjam terbabit gagal membayar balik pinjaman tersebut sejak tahun lepas dan berikutan itu, mangsa telah menerima pelbagai ugutan daripada sindiket along tersebut sebelum membuat laporan polis.
Kamarul Rizal berkata susulan penahanan lelaki itu, polis giat mengesan rangkaian sindiket along tersebut untuk siasatan lanjut.
"Lelaki yang ditahan itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berumur 34 tahun sebelum merampas 160 bungkusan plastik mengandungi air ketum bernilai RM1,600 di Jalan Sungai Pinang, pada Jumaat.
Beliau berkata hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis mengekori sebuah kereta di Jalan Sungai Pinang sebelum menahan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu dan pemeriksaan menemukan 160 bungkusan atau 12,000 liter air ketum.
"Lelaki dan wanita tempatan itu dipercayai menjalankan kegiatan menjual air ketum di sekitar daerah Barat Daya sejak beberapa minggu lepas dah mereka kini direman untuk siasatan lanjut," katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan. -Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.

Lima keldai akaun termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM180,962 dalam kejadian berasingan semalam.

Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.

Tipu pelaburan Bitcoin: Lelaki disyaki keldai akaun ditahan sebabkan kerugian RM129,970
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.

Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.