Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai ketika menjala ikan di kawasan Jeram Pelagus petang Jumaat lalu, ditemukan lemas kira-kira 10.20 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata, mangsa yang dikenali sebagai Bansa Anak Judan, 65, dari Rumah Belaja, Nanga Benin, ditemui di Jeram Bidai, hilir Jeram Pelagus.
Menurutnya, menantu mangsa telah membuat laporan polis kejadian berhubung kejadian tersebut pada 11.25 pagi Sabtu, menyatakan mangsa terjatuh sungai semasa menjalan ikan seorang diri, kira-kira 3.00 petang Jumaat lalu.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota polis dari IPD Kapit, Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Angkatan Pertahanan Awam Kapit serta penduduk rumah panjang.
Jurucakap, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, mayat mangsa ditemui pada jarak 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh dan dibawa ke jeti Kapit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019
Mayat mangsa ditemui pada jarak 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Lelaki hilang menjala ditemukan lemas di hilir Jeram Pelagus
Mangsa yang dikenali sebagai Bansa Anak Judan, 65, dari Rumah Belaja, Nanga Benin, ditemui di Jeram Bidai, hilir Jeram Pelagus.