Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Saz Silibin di sini gagal apabila dia mati dalam keadaan tersepit di besi tingkap bahagian dapur.
Suspek berumur 27 tahun ditemui mati dengan hanya memakai seluar dalam dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa dia mati kerana sesak nafas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam tadi, mangsa lelaki berumur lingkungan 50-an yang baru pulang ke rumah terkejut menemui suspek di dapur dalam keadaan tersepit dengan kaki di luar dan kepala di dalam rumah.
"Ketika kejadian tiada sesiapa di rumah. Suspek bertindak masuk mengikut tingkap nako berdasarkan kesan dan alat pemotong besi yang berada di situ, namun malangnya mangsa tersepit di bahagian besi tingkap," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Suspek tidak sempat masuk ke rumah mangsa dan polis hanya menemui baju suspek serta peralatan untuk memecah masuk rumah, katanya.
Katanya sebaik tiba di tempat kejadian, pihak hospital mengesahkan suspek telah mati dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Bernama
Sat Jul 20 2013
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
Rangkaian 5G kedua dijangka dorong IIoT, sektor lebar jalur tinggi - BMI
BMI berkata rangkaian itu juga boleh menyediakan keperluan kandungan digital lebar jalur tinggi dan penyedia infrastruktur seperti penyiar dan pengendali pusat data bagi mengisi permintaan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan dipacu data.
Hasil sektor perkhidmatan meningkat RM618.5 bilion pada suku ketiga, melonjak 5.9 peratus
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan kukuh itu dipacu oleh sektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman, serta penginapan, yang secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan 5.1 peratus tahun ke tahun.
Jualan dagangan borong, runcit bagi September tumbuh 3.8 peratus pada RM148.2 bilion
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh perdagangan borong dan runcit manakala subsektor kenderaan bermotor mengalami penurunan.
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Rang undang-undang baharu berkaitan tahanan rumah hanya terpakai kepada individu yang dikenakan perintah tahanan reman, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Lelaki hanya berseluar dalam mati tersepit ketika mencuri
Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Saz Silibin di sini gagal apabila dia mati dalam keadaan tersepit di besi tingkap bahagian dapur.