“Beli apa yang perlu sahaja.”
Itulah ayat pertama yang terpapar pada kadbod yang digantung pada leher seorang lelaki yang dilihat berdiri di sebuah bazar Ramadan.
Dalam temubualnya bersama Astro AWANI, Azmin Ishak menjelaskan kempen tersebut dimulakan selepas isu pembaziran makanan kerap kali timbul setiap kali bulan Ramadan tiba.
“Sahabat saya, Syed Azmi Alhabshi pernah beberapa kali membuat kempen menggunakan placard begini. Masyarakat kita sedar tentang pembaziran ini, cuma kerap terlupa apabila menjejak kaki ke bazar,” ujar penjawat awam berusia 34 tahun itu.
Gambar Azmin yang berdiri di bazar Ramadan Taman Suria di Jitra viral selepas dikongsinya sendiri di laman Facebook.
Netizen rata-rata menyambut baik usaha Azmin malah ada yang menyahut seruannya menyumbang makanan yang dibeli kepada jiran yang memerlukan.
Bapa kepada seorang anak perempuan ini juga berkongsi tindak balas pengunjung bazar apabila melihatnya dengan kad yang tergantung di leher:
“Ramai yang menoleh dan memandang saya dengan rasa pelik. Tapi apabila mereka membaca mesej yang saya cuba sampaikan, ada yang tersenyum, berjabat tangan ucapkan tahniah dan terima kasih. Ada yang mahu bergambar. Beberapa peniaga juga menasihati pengunjung agar tidak membazir.”
Menurut Azmin, kempen ini akan diteruskan di bazar Ramadan lain juga.
“Buat masa seminggu ini, saya berada rumah ibu bapa. Jadi saya bercadang untuk bergerak di sekitar utara Kedah. Apabila kembali ke rumah di Dengkil, Insya Allah saya ke sana pula,” tambahnya.
Ditanya mengenai harapan terhadap kempennya, ini jawapan Azmin:
“Saya berharap kita dapat mengurangkan pembaziran bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah berterusan. Selain itu, sebolehnya saya ingin setiap ahli masyarakat untuk melihat dalam kejiranan masing-masing terlebih dahulu dalam bersedekah sebelum pergi lebih jauh.”
Nizam Bakeri
Wed Jun 08 2016
Azmin Ishak akan meneruskan kempennya di utara Kedah dan Dengkil - Foto Facebook/Azmin Ishak
APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran
Kapal ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan operasi bersepadu Op Ehsan dan Op Tiris di perairan Selangor.
Polis Putrajaya keluarkan 36 saman Op Ambang Tahun Baharu 2025
ASP Khairulrahman berkata operasi bermula kira-kira 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini di dua lokasi iaitu Persiaran Utara dan Jambatan Gemilang.
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
Lelaki dikhuatiri hilang ditemui maut terapung di kolam ikan
Mangsa yang dikenali sebagai Choong Weng Gui ditemukan terapung 40 kaki dari tebing pada jam 2.05 pagi tadi.
Amaran Arteta buat Liverpool, Arsenal sentiasa intai peluang pintas
Arsenal akan bersedia untuk mengambil sebarang kesempatan sekiranya seteru mereka itu tergelincir dalam perebutan kejuaraan EPL.
The Economy: Trump Inauguration: Ushering in a new chapter for the U.S.
BFM Anchor, Sharaad Kuttan delves into the global excitement surrounding Donald Trump’s inauguration, weaving together festive cheer and insightful analysis. Tune in as we explore the convergence of holiday celebrations and transformative political events.
AWANI Ringkas: Doa kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama & bangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 1 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Januari 2025
1️⃣ Doa kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama & bangsa
2️⃣ 134,718 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
3️⃣ Serangan Israel musnahkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Doa kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama & bangsa
2️⃣ 134,718 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
3️⃣ Serangan Israel musnahkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza
#awaniringkas
ASEAN Kita: Balancing Neutrality, Unity, and Stability
In the inaugural episode of ASEAN KITA, former Foreign Affairs Minister, Tan Sri Syed Hamid Albar explores ASEAN’s principles of neutrality, centrality, and harmony. How will these shape its future as Malaysia prepares for the 2025 ASEAN Chairmanship? Join us at 9:30am.
PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya
FAM memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.
Lelaki gantung kad di leher demi kempen elak pembaziran di bazar Ramadan
Azmin Ishak mahu sebar mesej positif: masyarakat perlu elak pembaziran bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan setiap masa.
#FreeMarketPutrajaya: 'Minta elok-elok, ucap terima kasih' - Azmin Ishak
'Free Market Putrajaya' bertujuan membantu mereka yang memerlukan malah membuka peluang kepada mereka yang ingin membantu untuk tampil membuka 'gerai' mereka.