Selepas lebih 72 jam hilang, seorang lelaki Penan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hutan di sini petang Sabtu.
Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa sebelum itu ditemui sekitar jam 2.38 petang di Ulu Sungai Kelijat dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum diusung ke Pusat Kawalan Bomba di Rumah Berberi Magelit, Sungai Kelijat, Lapok, Bakong, di sini.
"Setiba di pusat, mangsa diisytihar meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang menunggu, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kata Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.30 petang pada Khamis yang memaklumkan kehilangan lelaki yang identitinya dikenal pasti sebagai Dian Koking, 56 tahun.
"Sepasukan enam anggota yang menaiki sebuah van kemudian dikejarkan ke lokasi untuk melaksanakan operasi SAR.
"Mereka hanya tiba di lokasi dua jam kemudian dan kawasan pencarian tiada liputan GIRN dan talian telefon.
"Sehubungan itu, pasukan SAR mendapat kerjasama kumpulan radio amatur untuk menyelaraskan komunikasi," katanya lagi.
Beliau menambah, operasi itu turut serta tiga anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 28 orang penduduk kampung.
"Sebelum mangsa ditemui, operasi hari ketiga dimulakan pada jam 9.30 pagi melibatkan radius pencarian sekitar dua ke tiga kilometer dari pusat kawalan," katanya Ling Hii.
Susulan penemuan tersebut, Operasi SAR ditamatkan 30 minit kemudian. Punca kematian masih disiasat.
Astro Awani
Sat Jun 01 2019
Operasi itu turut serta tiga anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 28 orang penduduk kampung. - Foto ihsan JBPM Sarawak
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Lelaki ditemui mati selepas hilang 3 hari di hutan Miri
Lebih 72 jam selepas hilang, seorang lelaki Penan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hutan sini petang Sabtu.