IPOH: Seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung daripada peniaga kosmetik ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berperwatakan lembut berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakannya pada 9 pagi bagi mendapatkan suntikan daripada seorang wanita dari Melaka dengan kos sebanyak RM500.
"Si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat selepas selesai suntikan pada kira-kira pukul 12 tengah hari sambil ditemani rakannya manakala wanita itu keluar dari hotel untuk pulang ke Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata si mati kemudian disedari tidak bernafas ketika terbaring pada kira-kira 3 petang sebelum rakannya menghubungi wanita itu yang datang semula ke hotel dan mendapati lelaki itu sudah tidak bergerak.
Menurutnya pihak polis segera ke hotel terbabit sebaik dimaklumkan kejadian itu dan menemukan si mati terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut.
Ahmad Adnan berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir bersama ambulans dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
Katanya hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan paru-paru bengkak dan berair namun setakat ini doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian akibat suntikan yang diambil si mati.
Beliau berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
Polis menemui lelaki itu terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Lelaki ditemui mati selepas ambil suntikan besarkan punggung
Seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung daripada peniaga kosmetik ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan semalam.
Jurutera ditemui mati
Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas bermain badminton ditemui mati di Kampung Nyior, Bandar Paka, malam tadi.
Polis Hatyai tahan rakan kepada mangsa bunuh
Timbalan Ketua Polis Hatyai, Khittichai Sankha-thavorn berkata lelaki warga Thai itu dipercayai ada bersama-sama mangsa sebelum Mohd Nizam ditembak mati.
Lelaki rakyat Malaysia ditemui mati di bilik hotel di Hatyai
Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menemui sebarang kesan luka pada tubuh mangsa.