JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan selepas menawarkan sejumlah rasuah RM90,000 bagi membebaskan rakannya yang ditangkap kerana menawarkan tawaran kerja tidak wujud.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek warga tempatan berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Suria, di sini, kelmarin.
Katanya, wang suapan itu diberikan suspek kepada sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen Johor dan JSJK Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan (JBS).
"Pada kelmarin, lebih kurang jam 12 tengah hari sepasukan polis membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas satu unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri, di sini kerana dipercayai telah digunakan sebagai pusat panggilan yang menawarkan tawaran kerja atas talian yang tidak wujud.
"Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun dan merampas peralatan yang digunakan untuk berhubung dan memperdayakan mangsa.
"Semasa proses awal siasatan dijalankan, pasukan serbuan telah menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan suspek," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Jelas Kamarul Zaman, lelaki tempatan itu mengajak pihak polis berjumpa di sebuah restoran.
"Dalam perjumpaan itu, lelaki terbabit menawarkan wang tunai RM90,000 sebagai suapan dan dorongan untuk membebaskan rakannya
"Pihak polis memberi amaran untuk tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak untuk menerima wang tersebut.
"Tangkapan dibuat dan wang tunai turut dirampas. Kes dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk siasatan lanjut,” katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Oct 19 2022
![Lelaki ditahan tawar rasuah RM90,000 kepada polis Lelaki ditahan tawar rasuah RM90,000 kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666157744_TamanSuriaRasuah.jpg)
Antara rampasan yang dibuat polis Johor ketika melakukan serbuan ke atas satu unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri yang dijadikan pusat panggilan yang menawarkan tawaran kerja atas talian yang tidak wujud. - Gambar ihsan PDRM
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.
![Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738683433_sprmbernama.jpg)
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
![COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738053089_TBSPRM.jpg)
COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).
![Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735565639_FahmiRezaPerekaG.jpg)
Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.
!['Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq 'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689658457_AnwarIbrahim.jpg)
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
![Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688640632_SPRMMDBrasuah.jpg)
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
![Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689150672_TBLOKESANUSI.jpg)
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
![Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688463170_TBAnwarIbrahim.jpg)
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
![Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685445776_TBzahid.jpg)
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
![Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy' Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673360424_SPRMLogoSPRM.jpg)
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.