Seorang lelaki ditahan di Bandar Baru Selayang, Batu Caves di sini, pada Sabtu kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira 2.10 pagi.
Beliau berkata lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya.
"Polis merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," kata Mohamed Rafiq dalam kenyataan malam Sabtu.
Semasa rondaan di sekitar Taman Desa Bakti di sini, anggota polis berkenaan menahan lelaki itu kira-kira 6.30 petang kerana tidak memakai topi keledar sebelum mengeluarkan saman terhadapnya. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 17 2018
Lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis. - Gambar hiasan
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Lelaki didakwa lakukan amang seksual mengaku tidak bersalah
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan dihukum sebat serta tambahan hukuman penjara tidak lebih 5 tahun.
Lelaki ditahan disyaki hina, tularkan gambar anggota polis
Seorang lelaki ditahan di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.