Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas mendakwa kenderaan yang dipandunya mengandungi bom di simpang lampu isyarat Bota Kiri, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berkenaan ditahan ketika cuba melarikan diri selepas memaklumkan perkara tersebut kepada seorang anggota polis yang bertugas pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) di sekitar kawasan itu.
“Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) masih lagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan lelaki yang memandu kereta jenis Mercedes-Benz itu... mereka ketika ini sedang menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan.
“Lelaki itu pula telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar dakwaan tersebut,” katanya.
Menurutnya beliau akan mengeluarkan laporan lengkap sebaik sahaja siasatan dan pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan selesai.
Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Simpang Empat Bota Kiri gempar apabila mengetahui mengenai dakwaan bom di dalam kenderaan jenis Mercedes-Benz itu.
Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun tersebut memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat sebelum keluar dari kenderaan dan memaklumkan perkara itu kepada anggota polis yang berada di situ.
Difahamkan, peserta perlumbaan LTdL dari Seri Manjung ke Cameron Highlands baru sahaja selesai melalui kawasan tersebut.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Feb 25 2017
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas mendakwa kenderaan yang dipandunya mengandungi bom di simpang lampu isyarat Bota Kiri pada Sabtu. -Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
#AWANIRingkas 19 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Oktober 2024
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
PM Anwar tiba di Jakarta untuk majlis pelantikan Presiden
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada 6 petang waktu tempatan.
Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza
Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya.
Asap tebal selubungi New Delhi
Asap tebal dilaporkan menyelubungi ruangan udara bandar New Delhi yang mana kualiti udara menjunam ke tahap berbahaya pada Sabtu.
SPR lancar siasatan salah laku parti pemerintah, Phue Thai
Memetik laporan Bangkok Post, sehubungan itu, suruhanjaya itu telah memutuskan untuk melancarkan siasatan rasmi terhadap tuduhan salah laku berkenaan.
Operasi SAR diteruskan, kadar penglihatan rendah
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Pengusaha sambut baik keputusan gaji minimum
Rata-rata peniaga menyambut baik pengumuman keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.
[TERKINI] Mangsa mungkin dihanyutkan ke muara Sungai Sarawak
Lima mangsa yang hilang dalam tragedi perahu lumba karam di Sungai Sarawak mungkin dihanyutkan arus hingga ke muara sungai.
AWANI Borneo [19/10/2024] – Pendapatan negeri | Lan Berambeh | Detik sukar buat keluarga
Tumpuan AWANI Borneo 19 Oktober 2024 bersama Assim Hassan
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
Pesawat Air New Zealand terima ancaman bom
Insiden melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang.
Lelaki ditahan dakwa bawa bom dalam kereta semasa LTdL - Polis
Lelaki berkenaan ditahan ketika cuba melarikan diri selepas memaklumkan perkara tersebut kepada seorang anggota polis yang bertugas pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) di sekitar kawasan itu.