AMPANG: Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan kerana menceroboh stor sebuah surau di Taman Keramat di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, salah seorang ahli jawatankuasa surau berkenaan telah menerima pesanan daripada kumpulan WhatsApp mengenai kejadian surau dipecah masuk pada jam 7.30 pagi.
Menurutnya, pengadu telah buat pemeriksaan di surau 10 minit kemudian dan mendapati kesan umpil di bahagian pintu stor, tombol serta mangga telah dirosakkan selain keadaan di dalam surau berselerak.
"Berdasarkan maklumat, polis menahan suspek di pekarangan surau tersebut pada jam 3 petang.
"Suspek berusia 47 tahun itu ditemui sedang tidur di lantai dekat stor surau berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod dadah dan masih dikehendaki.
"Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
"Keterangan awal, suspek menceroboh stor surau tersebut kerana mahu mencari makanan," katanya.
Tambahnya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 21 2022
![Lelaki ditahan ceroboh stor surau Lelaki ditahan ceroboh stor surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661056882_Lelakiditahancero.jpg)
Suspek ditemui sedang tidur di lantai berhampiran stor sebuah surau di Taman Keramat pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
![Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin' Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721094442_ManchesterUnited.jpg)
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
![Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721095061_XherdanShaqiri.jpg)
Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa
Shaqiri bermain hanya dua kali pada kejohanan Euro 2024 di Jerman, beraksi selama 71 minit untuk Switzerland.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Lelaki ditahan ceroboh stor surau Lelaki ditahan ceroboh stor surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661056882_Lelakiditahancero.jpg)
Lelaki ditahan ceroboh stor surau
Pengadu telah buat pemeriksaan di surau 10 minit kemudian dan mendapati kesan umpil di bahagian pintu stor, tombol serta mangga telah dirosakkan selain keadaan di dalam surau berselerak.