IPOH: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki selepas mendakwa pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh enggan menerima aduan daripadanya berkaitan ancaman ceti haram.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kertas siasatan dibuka susulan laporan yang dibuat terhadap lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Siasatan awal mendapati, pengadu (lelaki) mengaku bahawa beliau tersilap faham tentang nasihat yang diterima daripada pegawai polis dan melakukan kesilapan memuat naik video (kononnya polis enggan menerima aduan) tersebut di TikTok.
"Pengadu telah memadamkan video berkenaan semalam selepas menyedari kesilapan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata sebelum itu, lelaki itu telah datang ke Balai Polis Sentral (di bawah seliaan IPD Ipoh) dan memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) bertujuan mendapatkan nasihat daripada polis mengenai tindakan menurunkan pelbagai poster iklan peminjam wang di sekitar Ipoh.
"Pengadu tidak berjumpa dengan pegawai kanan polis seperti dakwaan beliau dan hanya mendapatkan nasihat daripada seorang pegawai polis yang sedang bertugas di Balai Polis Sentral.
"Setelah memperoleh nasihat daripada pegawai polis tersebut, pengadu terus beredar tanpa memberitahu hendak membuat sebarang laporan polis. Dalam perkara ini, isu pihak polis enggan menerima laporan daripada pengadu tidak wujud sama sekali," katanya.
Malam tadi, Yahaya dilaporkan berkata dakwaan seorang pengguna aplikasi TikTok bahawa polis enggan menerima aduan sudah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, IPD Ipoh untuk siasatan dalaman.
Siasatan dilakukan selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi 35 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, memaparkan seorang lelaki pengguna laman TikTok mendakwa polis IPD Ipoh enggan menerima aduannya.
Pengguna TikTok berkenaan mempersoalkan tindakan seorang pegawai berpangkat ASP di IPD Ipoh yang didakwanya enggan mengambil laporan bagi tujuan keselamatan atas tindakan berani lelaki itu menurun dan memusnahkan ratusan gegantung iklan 'along'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Iran kecam pembunuhan Ketua Hezbollah Nasrallah
Iran mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Setiausaha Agung Hezbollah, Seyyed Hassan Nasrallah dalam serangan Israel Sabtu lepas.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
Semua PLC perlu adakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac 2025
Semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia perlu mengadakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac, 2025, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd.
[KOLUMNIS] Pemimpin dan pentadbir dalam mengurus negara maju dengan jiwa merdeka
Negara ini pernah di urus oleh penjajah. Misi mereka mengaut kesuburan dan hasil negara dan mempamerkan kehebatan dengan bermotivasikan 3G.
Tiada kompromi terhadap pegawai langgar integriti - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai di kementerian itu yang terlibat dengan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.
Reformasi perkhidmatan awam tingkatkan produktiviti mendepani cabaran semasa - Cuepacs
Setiap penjawat awam perlu mempunyai nilai-nilai yang baik dan mengamalkan budaya integriti yang tinggi bagi memastikan perkhidmatan kepada negara boleh dirasai kumpulan sasar.
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
Penggunaan AI nilai tambah dalam kehidupan, tidak perlu takut - Dr A'dillah
Masyarakat perlu mengambil peluang khususnya graduan untuk menjadikan kepakaran kecerdasan buatan (AI) sebagai nilai tambah dalam kehidupan.
Kerajaan perlu selia operasi, aset dan perjawatan agensi penguatkuasaan di sempadan
Ismail berkata perkara tersebut perlu ditambah baik supaya dapat meningkatkan kualiti kecekapan di kawasan pintu masuk utama negara ini.