Sepasang suami isteri terkejut apabila diserang tetamu yang datang ke kediaman mereka sebelum bertindak menghabiskan nyawanya sendiri.
Menurut Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di Taman Kiara Mas 2, di sini, pada Jumaat, suspek yang dijemput pasangan itu hadir untuk mengubati penyakit misteri yang dihidapi mereka.
Menurutnya, pasangan berkenaan mengenali lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah institusi kewangan di daerah ini, dan menganggap lelaki tersebut sebagai adik angkat mereka, lapor Sinar Harian.
"Ketika mereka bertiga masuk ke dalam bilik untuk berubat, secara tiba-tiba suspek seperti dirasuk dan mencederakan suami mangsa menggunakan parang.
"Isteri mangsa berusia 41 tahun, yang cuba meleraikan kejadian tersebut turut dicederakan suspek," katanya.
Mohd Abduh berkata, ketika pasukan polis tiba di tempat kejadian, suspek dikatakan masih berada di dalam bilik tersebut.
Menurutnya, polis cuba memanggil suspek, namun tiada sebarang maklum balas sebelum polis bertindak memecahkan pintu bilik dan lelaki terbabit ditemui terlentang serta didapati telah meninggal dunia dipercayai membunuh diri berdasarkan kesan tikaman di dada serta perut.
"Turut dijumpai di lokasi kejadian sebilah keris panjang di belakang badan suspek.
"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 serta Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta tampil bantu siasatan.
Astro Awani
Sat Jan 19 2019

Lokasi kejadian suspek menyerang mangsa sebelum membunuh diri di Taman Kiara Mas 2, Kluang. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PRN Melaka: Calon PH DUN Pengkalan Batu mahu perkasa golongan muda melalui program adik angkat
Muhamad Danish Zainudin mahu memperkasakan golongan muda melalui Program Adik Angkat sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak
ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

Dipenjara 13 tahun, 5 sebatan, rogol, liwat 2 adik angkat masih kecil
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan meliwat.

Lelaki dirasuk, bunuh diri selepas serang suami isteri ketika berubat
Pasangan berkenaan mengenali lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah institusi kewangan di daerah ini.

Pemuda didakwa rogol adik angkat berusia 14 tahun
Padah merogol adik angkat berusia 14 tahun pada enam tahun lalu, seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.