DARO: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh penghadang besi jambatan yang sedang dalam pembinaan lalu terjunam ke dalam Sungai Batang Lassa, di sini hari ini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro digerakkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan pada kira-kira 4.45 pagi tadi.
Apabila tiba di tempat kejadian, bomba mendapati kenderaan yang dipercayai dipandu Kevin Lau Beng Song, 25, yang berasal dari Ulu Sungai Merah, Sibu, telah tenggelam di hujung jambatan tersebut, 800 meter dari daratan.
"Maklumat awal yang diterima menyatakan saksi melihat Toyota Hilux berwarna perak tersebut sedang bergerak di atas jambatan itu dan tiba-tiba hilang dari pandangan.
"Saksi mendapati pagar yang menjadi penghalang keselamatan pada hujung jambatan telah patah dan mengesyaki kenderaan tersebut jatuh dan tenggelam ke dalam sungai," menurut kenyataan tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan tiga bot tunda milik pemaju projek jambatan tersebut manakala Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu juga diminta bersiap-siaga untuk digerakkan bagi membantu operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan tiga bot tunda milik pemaju projek jambatan tersebut. - Foto BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih
Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air
Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.