GEORGE TOWN: Polis hari ini memberi penjelasan berhubung paparan video tular seorang lelaki warga asing dipercayai dalam keadaan mabuk diikat dan berlumuran darah di sebuah rumah di Desa Indah, Taman Sri Relau di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, berdasarkan siasatan, lelaki itu bertindak mencederakan dirinya sendiri ketika sedang mabuk, menyebabkan rakan serumah mengikatnya bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.
Beliau berkata, pada hari kejadian, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada pukul 1.57 tengah hari mengenai satu pergaduhan di rumah itu dan sebaik tiba di lokasi polis mendapati lelaki warganegara asing itu sudah berada dalam keadaan tangan terikat serta berlumuran darah.
"Rakan serumah lelaki itu memaklumkan kawan mereka itu berada dalam keadaan mabuk yang teruk dan hilang kawalan sehingga dia bertindak mencederakan diri sendiri," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, lelaki itu juga menghantuk kepalanya ke dinding sehingga mengalami kecederaan dan bagi mengelakkan lelaki ini terus bertindak lebih agresif, rakan serumahnya telah mengikat lelaki itu dengan menggunakan tali. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
![Lelaki diikat rakan serumah selepas cederakan diri sendiri ketika mabuk - Polis Lelaki diikat rakan serumah selepas cederakan diri sendiri ketika mabuk - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660379418_LogoPDRM.jpg)
Polis memberi penjelasan berhubung paparan video tular seorang lelaki warga asing dipercayai dalam keadaan mabuk diikat dan berlumuran darah di sebuah rumah di Desa Indah, Taman Sri Relau, George Town, Ahad lepas.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lelaki diikat rakan serumah selepas cederakan diri sendiri ketika mabuk - Polis Lelaki diikat rakan serumah selepas cederakan diri sendiri ketika mabuk - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660379418_LogoPDRM.jpg)
Lelaki diikat rakan serumah selepas cederakan diri sendiri ketika mabuk - Polis
Lelaki itu juga menghantuk kepalanya ke dinding sehingga mengalami kecederaan.