PETALING JAYA: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Jalan SS1/22, di Petaling Jaya Sabtu lalu.
Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Jalan SS1/22, di Petaling Jaya Sabtu lalu.
Polis berjaya memberkas seorang suspek samun tanpa senjata api selepas hanya enam jam lelaki itu meragut telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Jalan SS1/22, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 pagi semasa mangsa duduk menunggu di stesen minyak berkenaan sementara isterinya pergi mengundi.
"Tiba-tiba datang sebuah motosikal nombor pendaftaran dan warna tidak pasti yang dinaiki seorang lelaki memakai baju berwarna kuning telah meragut telefon bimbit jenis Huawei Mate 20 milik mangsa.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah pergi ke balai untuk membuat laporan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Fakhruddin berkata, bertindak atas maklumat, mangsa bersama sepasukan polis dari Balai Sungai Way berjaya menahan suspek dalam satu serbuan di Jalan PJS 5/30, di sini pada jam 5.40 petang, Sabtu.
"Sampai di lokasi, mangsa dan pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki tempatan serta merampas barang kes yang disiasat.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku telah terlibat dalam kes yang diadu. Dipandu arah oleh suspek berkenaan, pasukan serbuan telah pergi ke sebuah rumah di sekitar Sungai Way," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, pihak polis berjaya menemui pakaian yang digunakan suspek semasa meragut telefon bimbit mangsa dan turut merampas empat buah telefon bimbit dipercayai hasil kegiatan samun.
Katanya, semakan rekod mendapati, suspek berkenaan mempunyai 22 rekod jenayah lampau dan satu berkaitan dadah.
"Kejayaan tangkapan ini telah menyelesaikan tiga kes samun tanpa senjata api dalam daerah Petaling Jaya.
"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun tanpa senjata api)," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 24 2022
Kejayaan tangkapan ini telah menyelesaikan tiga kes samun tanpa senjata api dalam daerah Petaling Jaya. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Lelaki dicekup enam jam selepas meragut
Semakan rekod mendapati, suspek berkenaan mempunyai 22 rekod jenayah lampau dan satu berkaitan dadah.
Penguatkuasaan berkesan, jumlah jenayah di Pasar Seni dikurangkan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata kawasan tumpuan pelancong seperti Pasar Seni, Masjid India, Jalan Petaling dan lainnya banyak merekodkan kejadian samun dan ragut.