Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam.
Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Zaini Che Din berkata suspek berusia 40an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut.
"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu. Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini.
Bernama
Thu Nov 05 2015
Menurut Zaini, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama. - Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
Polis saman lelaki halang kenderaan bomba di laluan kecemasan
Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai, dekat Kulim pada hari Ahad lepas.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Rakaman 'dashcam' boleh bantu siasatan
PDRM masih belum menerima sebarang rakaman video kamera papan pemuka daripada mana-mana pemilik kenderaan yang merupakan penghuni di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'
Chegu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Polis siasat pemilik akaun media sosial hina perdana menteri
Polis menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook kerana disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aksi mesra atas motosikal berakhir tragedi
Dalam rakaman video tersebut, wanita dikenali sebagai Liliana bergurau dengan teman lelakinya.
Kenderaan SUV rempuh kafe ketika sesi podcast berlangsung
Dalam rakaman video itu, Reeves dan tamu jemputannya, Alexsey Reyes, dilihat teranjak dan terhimpit sedikit akibat impak rempuhan.
Pemandu kereta cemas diserang lelaki guna batu bata
Seorang pemandu menempuh detik mencemaskan apabila diserang dengan menggunakan batu bata oleh seorang individu.
Tiada rakaman video libat Najib dalam premis penjara
Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada sebarang rakaman video melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara.
Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.