BATU PAHAT: Polis Daerah Batu Pahat, berjaya merampas kasut serta selipar pelbagai jenama bernilai RM7,000 yang dipercayai merupakan barangan curi, susulan penahanan seorang lelaki di Sri Gading, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan sekitar 4 pagi, dengan bantuan tiga pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan.
Katanya, ketika ditahan, polis turut merampas 12 pasang kasut di dalam kenderaan dipandu lelaki tersebut yang turut dipercayai merupakan kenderaan yang baru dicurinya.
“Sejak awal tahun, IPD Batu Pahat telah menerima 21 laporan kehilangan kasut yang berlaku di sekitar daerah ini, khususnya di kawasan Yong Peng yang menimbulkan kegelisahan masyarakat.
"IPD Batu Pahat telah meningkatkan rondaan taman-taman perumahan serta meminta penduduk segera menghubungi pihak polis jika ada yang mencurigakan,” katanya pada Selasa.
Beliau menjelaskan, tindakan susulan yang dibuat telah berjaya merampas 125 pasang kasut dan 24 selipar pelbagai jenama di rumah suspek di Jalan Labis, Yong Peng.
"Siasatan awal juga mendapati saspek menjual kasut dan selipar yang dicurinya di pasar tani di kawasan Parit Yaani, Batu Pahat," kata beliau.
Katanya, siasatan mendapati lelaki berkenaan merupakan suspek yang dikehendaki di IPD Alor Gajah atas kesalahan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan mempunyai lima rekod jenayah.
Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan didapati negatif dadah.
Ismail memberitahu, suspek telah direman selama empat hari sehingga Rabu dan kes disiasat bawah Seksyen 457 serta 379 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ismail berkata, pihaknya percaya penangkapan suspek telah berjaya membantu menyelesaikan kes-kes kecurian kasut dan selipar di daerah Batu Pahat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 27 2022
IPD Batu Pahat telah berjaya merampas 125 pasang kasut dan 24 selipar pelbagai jenama di rumah suspek di Jalan Labis, Yong Peng. - Foto Sinar Harian
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
Lelaki curi kasut, selipar di Batu Pahat diberkas
Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan sekitar 4 pagi, dengan bantuan tiga pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan.