TAIPING: Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh dan mengamuk dengan memecahkan patung milik sebuah kuil di Matang dekat sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 9.01 pagi itu, suspek berusia 23 tahun telah memecahkan sebuah patung menggunakan tukul.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat terhadap suspek di rumahnya di Matang.
"Polis merampas dua objek iaitu tukul yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
"Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping untuk melengkapkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Razlam, kejadian itu menyebabkan pihak kuil mengalami kerugian sekitar RM30,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 18 2023

Patung sebuah kuil di Matang, Taiping mengalami kerosakan dalam kejadian seorang lelaki menceroboh dan mengamuk pada pagi Rabu. - Gambar/ Sinar Harian

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Lelaki ceroboh, mengamuk pecah patung kuil ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh dan mengamuk dengan memecahkan patung milik sebuah kuil di Matang dekat sini pada Rabu.

Siswazah perubatan rosakkan patung kuil di Ipoh layak dibicara di mahkamah
Laporan psikiatri pada 19 Mei lepas menyatakan Fathi Munzir Nadzri, 29, layak dibicarakan dan boleh membela diri.