Lelaki yang menceroboh Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak pada 25 Mei lalu dihukum penjara 33 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Lokman Mohamad Termizi, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, selain menceroboh dia juga didakwa merempuh pintu pagar istana dengan kereta, memiliki pistol tiruan tanpa permit dan menakutkan penjawat awam menggunakannya.
Pemandu lori berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 7.40 hingga 8.15 pagi, pada 25 Mei lalu.
BACA: Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau
Bagi pertuduhan menakutkan penjawat awam dan merempuh pagar istana, dia didakwa mengikut Seksyen 353 dan 427 Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara 12 bulan, jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan menceroboh pula, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan memiliki senjata api tiruan, dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang boleh dihukum penjara enam bulan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman terhadapnya dijalankan secara berasingan, bermula dari tarikh dia ditangkap.
Selain itu, dia turut dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran dan didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
Bagaimanapun, Hakim Rohaida Ishak memerintahkan tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri selama 30 hari di Hospital Bahagia Ulu Kinta bermula 2 Julai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hasyutantee Khalil manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 02 2020

Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan secara berasingan, bermula dari tarikh dia ditangkap. Gambar Astro AWANI

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.

Lelaki ceroboh Istana Iskandariah bawa pistol tiruan dipenjara 33 bulan
Majistret Nurul Asyifa Redzuan menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Lokman Mohamad Termizi, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.