KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan teman wanitanya serta merosakkan komputer riba dan telefon milik wanita itu, tiga bulan lepas.
Majistret Aina Azahra Ariffin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Mohammed Adam Wan Mohammed Hazerrey, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan serta turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah memukul, menendang, menumbuk, menampar dan mencekik di bahagian muka, badan serta kepala teman wanitanya, Lee May Wen Andrea, 30, manakala bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa atas pertuduhan melakukan khianat iaitu memecahkan komputer riba dan telefon bimbit milik teman wanitanya.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Sentul di sini pada 1 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, pada 5 pagi, 1 Mac lepas, pengadu (teman wanita) telah melihat tertuduh bertindak agresif dengan cara melompat, menjerit dan cuba membuka pintu di balkoni untuk melompat ke bawah.
Pengadu dan rakannya cuba menghalang dan menenangkan tertuduh namun dia telah dipukul sehingga cedera di pipi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Izzat Amir memohon agar hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran manakala tertuduh dalam rayuannya memohon agar hukuman ringan diberikan atas alasan dia mengalami gangguan bipolar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Mahkamah perintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda. - Gambar hiasan
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000
Mahkamah perintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
Pemain bola sepak Liga Super ditahan dipercayai cederakan teman wanita
ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, yang merupakan wanita tempatan pada 6 pagi semalam.