Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.
Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.
Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.
Bernama
Thu Aug 08 2013
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Cubaan ragut rantai emas gagal, dua suspek ditahan
Ketua Polis Daerah Ipoh,Asisten Komisioner Sum Chang Keong sebelum ini memberitahu bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian ragut daripada seorang kerani wanita dan melaksanakan siasatan.
Mayat dengan kesan jerutan leher ditemui
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.
Tiada insiden pergaduhan di Tambun
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata gambar serta komen netizen yang mendakwa pergaduhan itu berlaku antara kaum Melayu dan Cina tidak benar sama sekali.
Panggilan bom palsu, pengadu mabuk
Dalam kejadian sekitar 7.25 malam itu, beberapa pasukan unit bom polis bergegas ke lokasi setelah menerima laporan mengenai penemuan bom di sebuah rumah teres di Buntong Jaya, dekat sini.
Penuntut PUO maut selepas pulang berhari raya di kampung
Nahas yang berlaku kira-kira jam 4.11 petang yang membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan empat roda jenis Perodua Alza.
Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif
Ketika diselamatkan, pasangan warga emas Md Dahalan Baki, 74, dan isterinya Ahadiyah Zakaria, 70, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan lemah kerana terkurung tanpa makan dan minum.
Pegawai kanan polis maut kemalangan
Jenazah akan diserahkan kepada keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur-Karak selepas urusan bedah siasat selesai.
Kedai pengurup wang rugi RM2 juta disamun tiga lelaki
Sebaik sebelum premis ditutup, tiga suspek memakai topi keledar dan bertutup muka serta bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang tangan pengawal keselamatan sebelum merampas senapang patah.
Tragedi di inap desa: Kanak-kanak 3 tahun lemas dalam kolam mini
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang mini sebuah inap desa di Tanah Hitam, di sini pagi tadi.
Polis tahan suspek bunuh ibu tunggal
Polis Perak telah menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes bunuh seorang ibu tunggal berusia 53 tahun di Taman Datuk Lew Yap Sip, di sini pada Isnin.