SANDAKAN: Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, mangsa berumur 40 tahun itu sedang melakukan kerja penyelanggaraan ketika mesin pemotong ais pecah dan terkena gas ammonia sehingga tidak sedarkan diri.
"Hasil siasatan awal polis mendapati ketika kejadian...seorang mekanik dibantu oleh tujuh pekerja sedang membuat penyelanggaraan pada mesin pemotong ais.
"Sebatang paip sistem penyejukan telah bocor dan menyebabkan gas ammonia dari keseluruhan tiub sistem penyejukan menyembur keluar," katanya kepada pemberita ketika meninjau tempat kejadian di Batu 3 di sini, malam ini.
Abdul Fuad berkata mangsa yang identiti masih dalam siasatan, telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di HDOK dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Menurut beliau ketika kejadian, 18 pekerja berumur 21 hingga 55 tahun sedang bertugas di kilang berkenaan dan 17 daripada mereka menerima rawatan di HDOK akibat terhidu gas bocor.
Katanya enam daripada mangsa telahpun dibenarkan pulang manakala selebihnya masih menerima rawatan lanjut termasuk di unit rawatan rapi.
"Sekarang ini, tahap kualiti udara normal dan terkawal. Namun, saya ambil keputusan untuk tutup sementara pengoperasian kilang-kilang di kawasan ini yang berdekatan 100 meter dari kilang ais mengikut nasihat Jabatan Alam Sekitar," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sementara itu, Pengarah HDOK Dr Mohd Fahmie Othman menasihati orang awam terutama penduduk sekitar yang mungkin terkesan dengan kejadian itu agar segera ke klinik berdekatan atau terus ke Jabatan Kecemasan HDOK jika mengalami simptom seperti gatal pada kulit, radang pada mata dan sesak nafas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK). - Foto Sinar Harian
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Lelaki cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia kilang ais, meninggal dunia
Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Lelaki cedera parah kereta bertembung lori
Kemalangan melibatkan sebuah lori dinaiki dua lelaki bertembung dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera.