GERIK: Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul wanita berusia 22 tahun di dalam bas ekspres dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak ke Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang hari sama.
Menurutnya, mangsa mendakwa diraba oleh seorang lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun, yang duduk di kerusi bahagian belakang.
"Kejadian berlaku semasa mangsa tidur. Dia menyedari telah diraba. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Banggol Judah, Kelantan.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku semasa bas tersebut berada berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, Gerik," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau menambah, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu Zulkifli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Aida Aziz
Thu Jun 08 2023

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang hari sama. - Gambar hiasan
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Lelaki cabul wanita dalam bas ekspres berhampiran R&R Titiwangsa
Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul wanita berusia 22 tahun di dalam bas ekspres dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak ke Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.