BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang kerugian RM432,725, di sini baru-baru ini.
Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.
"Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun telah terima panggilan telefon (daripada seorang lelaki) yang mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkan dia mempunyai cukai tertunggak, namun mangsa menafikannya.
Talian itu kemudiannya disambungkan kononnya kepada seorang pegawai polis sebelum dimaklumkan mangsa mempunyai rekod jenayah berkaitan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram, ia menyebabkan wanita tersebut panik serta mengikut arahan suspek," menurut kenyataan itu.
Katanya wanita itu telah memindahkan semua wang simpanannya ke dalam akaun Agro Bank milik sendiri dan telah mengisi maklumat Agro Bank ke dalam borang yang diberikan oleh suspek yang mengaku sebagai pegawai polis berkenaan.
Kenyataan itu memaklumkan selepas dua bulan, wanita yang bekerja kilang di Bayan Lepas itu membuat semakan dan mendapati semua wang simpanan sebanyak RM432,725 daripada akaun Agro Bank miliknya telah dipindahkan secara berperingkat ke dalam akaun yang tidak dikenali sebelum bertindak membuat laporan polis.
Katanya polis menjalankan siasatan lanjut dan risikan sebelum berjaya menahan lelaki terbabit yang bekerja sendiri bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berumur 35 tahun semalam kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud sehingga menyebabkan seorang suri rumah kerugian RM19,530.
Katanya mangsa berusia 36 tahun itu telah memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19,530 tetapi wang pinjaman tidak diperoleh.
"Dua lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kedua-dua kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya siasatan lanjut masih dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang kerugian RM432,725. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.