KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) fasa dua dari Sri Petaling ke Ulu Klanga akan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada pertengahan bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) Datuk Mohammad Azlan Abdullah, memaklumkan pembukaan SUKE fasa dua dijangka mengurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
“Dalam minggu depan, pembukaan fasa kedua SUKE menghubungkan pengguna dari Lebuh Raya Kesas, Pelabuhan Klang, Subang Jaya, Bukit Kemuning, Puchong dan sebagainya menuju ke Bukit Antarabangsa dan Pusat Bandar dengan lebih cepat.
“Kita sasarkan jumlah keseluruhan trafik yang bakal gunakan laluan SUKE fasa dua dari persimpangan Sri Petaling ke Bukit Antarabangsa lebih kurang 80,000 ke 100,000 kenderaan sehari,” katanya ketika ditemui di sesi taklimat media dan lawatan tapak projek Lebuh Raya SUKE fasa 2 pada Sabtu.
Tambah beliau, fasa 2 SUKE melengkapkan jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer dari Sri Petaling ke Ulu Klang dengan panjang keseluruhan 57.7 kilometer termasuk persimpangan.
“Ada 14 persimpangan keluar dan masuk di mana sebahagian besarnya telah dibuka tahun lalu fasa pertama untuk Cheras- Kajang ke Bukit Antarabangsa.
“Pada masa ini dari jajaran Cheras-Kajang ke Bukit Antarabangsa, kita anggarkan purata trafik sebanyak 60,000 ke 70,000 sehari. Bila baki lebuh raya dibuka, kita sasarkan 90,000- 100,000 orang akan menggunakan SUKE fasa 2,” katanya.
Sementara itu, Azlan mengalu-alukan pengguna lebuh raya menggunakan SUKE fasa dua sebagai inisiatif penjimatan masa lebih signifikan serta memberi pemanduan lebih selesa dan selamat
Faida Rahim
Sat Jun 10 2023
![Lebuhraya SUKE fasa 2 dibuka pertengahan Jun Lebuhraya SUKE fasa 2 dibuka pertengahan Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686375914_AzlanSUKE.jpg)
Mohammad Azlan memaklumkan pembukaan SUKE fasa dua dijangka mengurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). - Gambar/ Astro AWANI
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
Marcelo umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
![Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616501822_TMohan.jpg)
Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
NIOSH akan menjalankan kajian terperinci bagi mengetahui punca insiden kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan Lebuh raya SUKE yang mengorbankan tiga nyawa, semalam.
![Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600694263_kemalangan.jpg)
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
![Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460302953_SUKEBukitAmpang.jpg)
Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi,sebelum keluar di Hulu Kelang.
!['Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang 'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445093067_PekanlamaAmpang.jpg)
'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang
Penduduk Pekan Ampang diminta tidak membuat demonstrasi untuk membantah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).