SRI AMAN (Sarawak): Fasa satu Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dari Simpang Pantu ke Batang Skrang yang melibatkan seksyen Bukit Begunan di sini bakal siap sepenuhnya, November ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata mengikut perancangan asal, projek di kawasan itu dijadualkan siap Jun ini namun terpaksa dilanjutkan susulan kejadian tanah runtuh yang menyebabkan struktur projek berkenaan perlu direka bentuk semula dengan menggunakan bahan binaan yang berlainan.
"Sebelum ini reka bentuk projek bagi seksyen ini menggunakan isi tanah sebagai tambak tetapi terdapat kegagalan kepada projek itu dan ditukar kepada reka bentuk menggunakan rockfill (batu) sebagai tambak setelah kajian terperinci dijalankan," katanya dalam sidang media selepas meninjau seksyen Bukit Begunan, di sini, hari ini.
Nanta berkata penggunaan batu seberat 721,000 meter padu untuk projek tambak itu telah siap 50 peratus dan menyebabkan implikasi peruntukan tambahan Kerajaan Persekutuan kira-kira RM70 juta.
Terdahulu, beliau diberi taklimat oleh Ketua Unit LPB Jabatan Kerja Raya Sarawak, Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan mengenai status terkini projek lebuh raya di kawasan berkenaan.
Menurut Awang Mohamad Fadillah, kerja pembinaan bagi tambak batu itu telah bermula 8 April tahun lalu dan akan meningkatkan kestabilan tambak bagi pembinaan LPB serta memendekkan jangka masa pembinaan.
Nanta turut dimaklumkan setakat ini, keseluruhan projek LPB di Sarawak kini sudah mencapai 92 peratus siap.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
![Lebuhraya Pan Borneo: Seksyen Bukit Begunan siap November ini - Nanta Lebuhraya Pan Borneo: Seksyen Bukit Begunan siap November ini - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675685219_panborneoalexande.jpg)
Nanta berkata penggunaan batu seberat 721,000 meter padu untuk projek tambak itu telah siap 50 peratus dan menyebabkan implikasi peruntukan tambahan Kerajaan Persekutuan kira-kira RM70 juta. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![16 pakej kerja LPB kini siap 75 peratus - Abdul Rahman 16 pakej kerja LPB kini siap 75 peratus - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673589643_TimbalanMenteriPem.jpg)
16 pakej kerja LPB kini siap 75 peratus - Abdul Rahman
Sebanyak 16 pakej kerja dalam Fasa 1 Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) sedang dilaksanakan dengan status kemajuan 75 peratus siap pada masa kini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Lebuhraya Pan Borneo: Seksyen Bukit Begunan siap November ini - Nanta Lebuhraya Pan Borneo: Seksyen Bukit Begunan siap November ini - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675685219_panborneoalexande.jpg)
Lebuhraya Pan Borneo: Seksyen Bukit Begunan siap November ini - Nanta
LPB dari Simpang Pantu ke Batang Skrang yang melibatkan seksyen Bukit Begunan di sini bakal siap sepenuhnya, November ini, kata Nanta.
![Lebuhraya Pan Borneo Sabah siap 65 peratus - Arthur Joseph Kurup Lebuhraya Pan Borneo Sabah siap 65 peratus - Arthur Joseph Kurup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636523684_ArthurJosephKurup.jpg)
Lebuhraya Pan Borneo Sabah siap 65 peratus - Arthur Joseph Kurup
Beliau berkata kelewatan tersebut berpunca oleh pertukaran kerajaan negeri Sabah pada 2018, menyebabkan perubahan dasar.