IPOH: Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bakal mengubah landskap pelancongan di Perak, ia turut memudahkan akses kepada para pelancong dari dalam dan luar negara seiring dengan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).
Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata pembukaan Seksyen 11 iaitu dari Beruas ke Taiping Selatan serta penghujung lebuh raya di Selangor akan melancarkan perjalanan pengguna meneroka destinasi menakjubkan dan tarikan unik yang ditawarkan di negeri tersebut.
"Kami teruja untuk mengumumkan projek di penghujung Lebuhraya WCE di Selangor ini termasuk Seksyen 1 (Banting - SKVE) dan Seksyen 2 (SKVE - SAE) serta Seksyen 6 (Kapar - Assam Jawa) yang dijadual siap menjelang akhir tahun ini.
"Lebuh raya ini bakal menyajikan perjalanan yang menarik sepanjang pesisiran pantai barat kepada kira-kira lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong luar negara ke destinasi pelancongan utama sepanjang jajaran pantai barat negeri Perak bermula dari Hutan Melintang ke Teluk Intan, Sitiawan ke Beruas, Trong dan penghujungnya Taiping Selatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lyndon Alfred berkata seiring dengan penganjuran TMP2024, lebuh raya WCE memainkan peranan penting dalam membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan mencipta peluang baharu untuk komuniti setempat.
"Perhubungan lebuh raya yang efisien dan strategik ini pasti akan menjadikan negeri Perak sebagai destinasi wajib dikunjungi dalam kalendar para pelancong," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semasa merasmikan prapelancaran TMP2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata pihaknya optimis dengan projek WCE yang bakal disiapkan sepenuhnya di Perak akan berupaya membuka peluang yang lebih besar dalam memacu sektor pelancongan.
"Pembukaan WCE akan menjadi antara pintu masuk utama pelancong bermula dari Hutan Melintang, laluan lebuh raya ini akan membawa pelancong menelusuri negeri Perak melalui beberapa persimpangan susur keluar iaitu Teluk Intan yang terkenal dengan Menara Condong; Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara yang menjadi pintu masuk ke Pulau Pangkor.
"Selain itu, susur keluar Changkat Chermin dan Beruas pula akan membawa meneroka keunikan daerah Perak Tengah dan menulusuri sejarah kerajaan lama Gangga Negara dan seterusnya Trong serta Taiping Selatan iaitu laluan masuk ke Bandar Warisan Taiping yang turut menjadi tarikan utama pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Pembukaan Seksyen 11 dari Beruas ke Taiping Selatan serta penghujung lebuh raya di Selangor akan melancarkan perjalanan pengguna meneroka destinasi menakjubkan dan tarikan unik yang ditawarkan di negeri Perak. -Gambar fail/Sinar Harian

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat bakal ubah landskap pelancongan Perak
Pembukaan Seksyen 11 iaitu dari Beruas ke Taiping Selatan serta penghujung lebuh raya di Selangor akan melancarkan perjalanan pengguna.