KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) mensasarkan sebanyak 1,253 kes Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang masih tertunggak bagi tahun 2019-2021 akan menjalani sesi pendengaran menjelang Jun depan.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sehingga 28 Februari lalu, sebanyak 1,247 daripada 2,500 kes telah selesai pendengaran pertama.
"Sekarang hanya berbaki 1,253 kes lagi yang perlu diselesaikan bagi pendengaran pertama dari Mac hingga Jun 2022 ini," jelasnya dalam sidang media sempena Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) di ibu negara pada Rabu.
Beliau berkata, perkara itu diletakkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi kementeriannya dalam menyelesaikan isu pengguna.
Sehubungan itu, KPDNHEP meletakkan sasaran 100 peratus penyelesaian pendengaran pertama bagi 2,500 kes tertunggak selewat-lewatnya Jun 2022.
Tambah Nanta, secara purata, TTPM menjalankan 350 sehingga 400 prosiding kes dalam tempoh sebulan di seluruh negara.
Bagaimanapun, bagi memperkasakan lagi agensi berkenaan jelasnya, KDPNHEP akan menambah lebih ramai keanggotaan TTPM.
"Ini penting kerana jika sesuatu kes terlalu lambat, tidak berkesempatan diberi pendengaran ia akan menjejaskan dua dua pihak, 'justice denied'.
"Baru baru ini apabila saya berbincang dengan TTPM, mereka ada kelemahan iaitu kekurangan pihak yang buat pendengaran. Jadi saya arahankan supaya TTPM melantik lebih ramai berpengalaman dari sudut undang-undang dan ada kelayakan dan integriti sebagainya,” jelas beliau lagi.
Untuk rekod, TTPM merupakan platform alternatif kepada Mahkamah Sivil bagi pengguna menfailkan tuntutan tebus rugi bagi pembelian barang dan perkhidmatan dengan nilai sehingga RM50,000 di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
Fareez Azman
Wed Mar 23 2022

Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP mensasarkan 1,253 kes Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) akan menjalani sesi pendengaran kes pertama menjelang Jun depan. - Gambar BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.