Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan lebih ramai kakitangan profesional dalam badan itu bagi mengurangkan beban kerja anggota sedia ada.
Pengarah Pengurusannya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, langkah itu sekali gus memastikan anggota polis mampu menumpukan kepada tugas-tugas mereka dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
"Sekarang ini seperti yang semua sedia maklum, kerajaan sedang membekukan, terutama pegawai awam. Pengambilan anggota polis kita masih teruskan, tetapi untuk pegawai-pegawai awam di jabatan-jabatan lain telah dihentikan penambahan walaupun ada kekosongan," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-10 di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini hari ini.
Antara bidang profesional yang diperlukan termasuk bidang akaun, Teknologi Maklumat (IT), pengurusan kewangan, dan kaunseling.
Jelasnya, walaupun PDRM kini sudah dilengkapi dengan sistem pengkomputeran, namun badan itu masih memerlukan penambahan anggota dalam bidang-bidang tertentu.
"Sekarang ini lebih kurang seribu orang (diperlukan). Kita kekurangan pegawai awam yang tidak diisi. Jadi kita merayu kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan lain sedikit kepada polis sebab apabila jumlah pegawai regular (biasa) ini bertambah, beban kerja penjawat awam ini akan bertambah. Saya berharap kerajaan meluluskan permohonan badan itu untuk mengisi lebih seribu kekosongan jawatan profesional," katanya lagi.
Ketika ini katanya, jumlah pegawai awam profesional hanya mencatatkan kurang 10 peratus dalam PDRM dan ia memerlukan perhatian sewajarnya.
"Dari segi peratusan, saya ingat tidak sampai 10 peratus, jumlah yang sebenarnya kita belum muktamadkan sebab ini memerlukan perjawatan tertentu daripada kerajaan. Jadi apa yang ada sekarang ini lebih kepada pegawai-pegawai awam yang membuat kerja-kerja perkeranian, kewangan dan teknologi maklumat," ujarnya lagi.
Malah, katanya, pegawai-pegawai awam yang bekerja dalam bidang profesional akan membantu PDRM dalam menghadapi cabaran di alam siber masa kini.
"Banyak analisis yang perlu dibuat. Jadi ini lebih sesuai dilakukan pegawai-pegawai awam profesional apabila mereka dilatih," jelas Zulkifli.
Rahimah Abdullah
Thu Sep 08 2016
![Lebih ramai kakitangan profesional diperlukan dalam PDRM Lebih ramai kakitangan profesional diperlukan dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460214230_950x600.jpg)
Antara bidang profesional yang terlibat termasuk akauntan, Teknologi Maklumat (IT), pengurusan kewangan, dan kaunseling. - Gambar fail
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
28 cedera akibat rempuhan kereta di Munich
Insiden rempuhan kereta di Munich, Jerman mencederakan 28 individu setakat ini.
DeepSeek bakal lonjak AI di Malaysia, tingkat produktiviti PKS - Fadillah
Malaysia sedia meneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan kemajuan chatbot dari China, DeepSeek yang membolehkan industri digital negara berkembang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini disyaki terlibat menerima rasuah bagi melupuskan minyak diesel bernilai RM87,400.00 dibawah harga pasaran.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan Negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Datuk antara 4 suspek terlibat tender jual tanah RM2.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
SPRM tonggak utama kerajaan pertahan tadbir urus berintegriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
![RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731284817_TBparlimen.jpg)
RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618911323_MIDA.jpg)
MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik pelan Microsoft Corp untuk menubuhkan pusat data serantau pertamanya di Malaysia yang akan mempercepatkan inovasi negara.
![IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602214104_IBM.jpg)
IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini
Penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM
![Microsoft, Amazon dan Google tunjuk minat bantu bidang IT di Malaysia - PM Microsoft, Amazon dan Google tunjuk minat bantu bidang IT di Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597477035_SesiTownhallTSMY.jpg)
Microsoft, Amazon dan Google tunjuk minat bantu bidang IT di Malaysia - PM
Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft, Amazon dan Google menunjukkan minat untuk membantu Malaysia dalam bidang teknologi maklumat.
![Saham Serba Dinamik naik berikutan raih kontrak di Abu Dhabi Saham Serba Dinamik naik berikutan raih kontrak di Abu Dhabi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/41505804002_SerbaDinamik.jpg)
Saham Serba Dinamik naik berikutan raih kontrak di Abu Dhabi
Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat 19 sen kepada RM1.87 pagi ini selepas meraih kontrak pembinaan bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.
![Malaysia boleh capai status maju berasaskan acuan sendiri - Rafidah Aziz Malaysia boleh capai status maju berasaskan acuan sendiri - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574942645_RafidahAziz.jpg)
Malaysia boleh capai status maju berasaskan acuan sendiri - Rafidah Aziz
Beliau berkata Malaysia perlu mengelak persepsi sempit bahawa status maju itu hanya boleh dicapai setelah mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi.
![Gangguan KLIA, belum ada petunjuk disabotaj - Ketua Polis Negara Gangguan KLIA, belum ada petunjuk disabotaj - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566555634_TBKLIA.jpg)
Gangguan KLIA, belum ada petunjuk disabotaj - Ketua Polis Negara
Siasatan terhadap gangguan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu mendapati tiada petunjuk drastik berlakunya perbuatan sabotaj.
![IT : Chapter Two kembali menghantui anda IT : Chapter Two kembali menghantui anda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557461792_ITtwo.jpg)
IT : Chapter Two kembali menghantui anda
Bagaimana jika yang mati, tetapi belum mati sepenuhnya?
!['Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin 'Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539331566_TBAZMIN.jpg)
'Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin
Cyberjaya bukan sebuah hab pembangunan hartanah malahan ia harus mencontohi model Silicon Valley di Amerika Syarikat sebagai hab internet dan teknologi di Malaysia.
![Menjelang PRU14: Bimbang susah dapat kerja? Ada berita baik untuk anda! Menjelang PRU14: Bimbang susah dapat kerja? Ada berita baik untuk anda!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524112730_pekerja.jpg)
Menjelang PRU14: Bimbang susah dapat kerja? Ada berita baik untuk anda!
Setiap pihak yang bertanding pasti perlukan rancangan terperinci untuk menurunkan kadar penggangguran dan menambah peluang pekerjaan bagi meraih sokongan rakyat.