KUALA LUMPUR: IBM mengumumkan akan menutup Pusat Penyampaian Globalnya di Cyberjaya pada 31 Mei, lapor akhbar kewangan The Edge.
Jurucakap IBM berkata penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM lain di negara ini, termasuk ibu pejabatnya.
“IBM tetap komited dengan Malaysia dan akan terus tumpu kepada membangunkan kapasiti dan kemampuannya untuk membantu pelanggan kami dalam hal ‘cloud’ hibrid dan kecerdasan buatan, dan negara dalam usaha mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Digital,” kata jurucakap itu.
Bagaimanapun, jurucakap itu enggan menjelaskan berkaitan jumlah pekerjaan yang akan terjejas akibat penutupan ini.
Menurut laporan itu, difahamkan beberapa pekerja sudah mulai menghantar permohonan kerja kepada beberapa syarikat IT yang lain kerana penutupan itu berkemungkinan mengakibatkan lebih 1,000 orang hilang pekerjaan.
IBM antara syarikat teknologi pertama yang melabur di Cyberjaya apabila Koridor Raya Multimedia dilancarkan pada pertengahan 1990-an.
Pada 2011, kerajaan mengumumkan syarikat multinasional AS itu akan melabur sebanyak RM1 bilion untuk membangunkan Pusat Penyampaian Global di Cyberjaya, dengan jangkaan ia akan mewujudkan 3,000 pekerjaan mahir.
Menurut laporan dikeluarkan TelcoTitans, IBM bukanlah syarikat multinasional pertama yang keluar dari Cyberjaya.
Syarikat IT Jerman, T-Systems, sebelum ini dilaporkan menjual perniagaannya di Malaysia kepada firma pelaburan swasta Quintephi Sdn Bhd pada November tahun lalu.
Laporan itu mengatakan, peralihan dijangka selesai pada pertengahan 2021. T-Systems mempunyai lebih daripada 800 pekerja di Cyberjaya pada 2019.
Astro Awani
Tue Mar 23 2021
![IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602214104_IBM.jpg)
IBM antara syarikat teknologi pertama yang melabur di Cyberjaya apabila Koridor Raya Multimedia dilancarkan pada pertengahan 1990-an. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Xerox ambil alih Lexmark, kukuhkan portfolio dalam arena percetakan Xerox ambil alih Lexmark, kukuhkan portfolio dalam arena percetakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735012560_tbXerok.jpg)
Xerox ambil alih Lexmark, kukuhkan portfolio dalam arena percetakan
Pengambilalihan ini turut melibatkan hutang dan liabiliti yang ditanggung oleh Lexmark.
![IBM latih AI menerusi sambungan cahaya, kurang penggunaan kuasa 5 kali ganda IBM latih AI menerusi sambungan cahaya, kurang penggunaan kuasa 5 kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733891607_IBMAI.jpg)
IBM latih AI menerusi sambungan cahaya, kurang penggunaan kuasa 5 kali ganda
Teknologi ini menggantikan sambungan tembaga dengan gentian polimer optikal, meningkatkan kadar pemindahan data sehingga 80 kali ganda lebih pantas.
![IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602214104_IBM.jpg)
IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini
Penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM
![CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81546983053_IBMCES.jpg)
CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis
IBM Research memperkenalkan prototaip 'sensor kuku' pertama, yang boleh mengubah cara menggunakan data klinikal, dengan menggabungkan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) dan mesin.
![Hong Leong Bank yakin Watson akan menambah baik perkhidmatan pelanggan kad kredit Hong Leong Bank yakin Watson akan menambah baik perkhidmatan pelanggan kad kredit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452503610_IBMHongLeong.jpg)
Hong Leong Bank yakin Watson akan menambah baik perkhidmatan pelanggan kad kredit
Pelanggan kad kredit Hong Leong Bank Berhad (HLBB) bakal menikmati perkhidmatan pelanggan atas talian yang lebih efisen melalui pelaksanaan teknologi Watson.