Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk menempatkan lebih ramai anggota polis di beberapa lokasi strategik sebagai fokus membanteras jenayah jalanan.

Beliau antara lain mahu meningkatkan latihan bersama Polis Diraja Malaysia dengan Tentera.

Zahid yang sedar rakyat mahu tahap keselamatan terjamin menekankan tahap keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya.

Beliau berkata beberapa pendekatan baru amat penting untuk mengurangkan indeks jenayah, selari dengan inisiatif bidang keberhasilan utama negara (NKRA).

Sementara itu, beliau mengulas mengenai harapan orang ramai terhadap Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Zahid berkata latihan yang lebih baik kepada anggota polis merupakan salah satu perkara utama yang akan diberikan tumpuan.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.