Dalam usaha mengekalkan Pulau Langkawi sebagai destinasi peranginan popular negara ini, lebih banyak pusat tarikan akan diwujudkan di Langkawi agar ia terus menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Untuk melihat pulau bebas cukai ini terus menjadi tarikan di mata dunia, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, penganjuran sesuatu acara termasuk bertaraf antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang diadakan sejak 1990-an telah berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai.
Walau bagaimanapun, itu hanya berlaku dalam tempoh yang singkat.
Jelas beliau, masih terdapat banyak tempat di Langkawi mampu dibangunkan sebagai pusat tarikan termasuk kawasan pesisir pantai, pergunungan dan kawasan paya bakau.
“Dua tahun sekali, kita adakan pameran LIMA dan ia tetap menarik pelancong dengan ramainya. Tapi, walaupun kita boleh ada LIMA, ia berada di satu jangka masa yang pendek sahaja iaitu cuma empat hari.
“Kita perlu kepada projek-projek pelancongan yang boleh menarik pelancong setiap tahun,” ujar Dr. Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pusat tarikan berkonsepkan geo-pelancongan baharu, Langkawi Nature Park di Langkawi, siang tadi.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Pengerusi Sentorian Group Bhd Datuk Aznam Mansor.
Tambah beliau, pembangunan Langkawi berjaya dilonjakkan saban tahun dengan kehadiran sehingga 3.6 juta pelancong ketika ini.
“Penduduk dan pengusaha di Langkawi akan dapat lebih banyak peluang untuk berniaga dan mengadakan industri pelancongan termasuk hotel,” ujar beliau.
Antaranya penyediaan kemudahan untuk produk pelancongan di kawasan pergunungan dan pulau di sekitar Langkawi.
Beliau berkata, kawasan paya bakau di sini juga menjadi tarikan yang unik dan perlu disediakan dengan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan pelancong menikmatinya.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Aug 04 2018
Penyediaan kemudahan untuk produk pelancongan di kawasan pergunungan dan pulau di sekitar Langkawi boleh diperbanyakkan lagi. - Gambar fail
Penduduk Gaza cari jalan uruskan saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Setahun Genosid Gaza: Derita musim sejuk tanpa rumah untuk berlindung
Setahun genosid Gaza, penduduk terpaksa mengharungi musim sejuk dengan hanya berlindung di khemah tanpa rumah yang hangat.
Penduduk Gaza kutip serpihan runtuhan jadi batu nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Menjelang setahun pencerobohan tentera Israel di Gaza, situasi masih belum menampakkan bayang serangan rejim Israel akan dihentikan dalam masa terdekat.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Ehsan Property lancar pembangunan bersepadu baharu Ehsan Widuri
Pemaju hartanah terkemuka, Ehsan Property melancarkan pembambangunan bersepadu baharu dikenali sebagai Ehsan Widuri bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman berkualiti tinggi dengan fokus pada kelestarian dan reka bentuk yang inovatif.
Protes di Islamabad: Kumpulan media Malaysia nyaris terkandas, jalan ditutup dengan kontena
Sekumpulan media dari Malaysia berhadapan detik mendebarkan selepas terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
SPRM beri tumpuan enam bidang tambah baik CPI Malaysia
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Lebih banyak tarikan akan diwujud di Langkawi - Tun Mahathir
Pembangunan Langkawi berjaya dilonjakkan saban tahun dengan kehadiran sehingga 3.6 juta pelancong ketika ini.