KOTA BHARU: Polis menahan 765 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis di seluruh Kelantan bagi tempoh 12 Mac hingga semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dalam kenyataan berkata kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 67 tahun terdiri daripada 744 lelaki dan 21 wanita termasuk dua penjawat awam.
Beliau berkata tumpuan operasi itu adalah di kawasan sasaran dikenal pasti iaitu di sarang penagih dadah yang menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Muhamad Zaki berkata polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM271,636 dalam operasi berkenaan.
"Antara dadah yang dirampas ialah daun ketum seberat 19.8 kilogram, air ketum 152.93 liter, ganja seberat 11,555.41 gram (g), pil kuda seberat 2,242.98g dan heroin seberat 66.4g.
"Jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan untuk seramai 37,111 penagih dadah," katanya.
Sementara itu, beliau berkata seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki memiliki 4,000 pil kuda seberat 426g bernilai RM60,000 di sebuah rumah berhampiran pangkalan haram Pohon Jambu, Jalan Bahagia di Rantau Panjang, di sini, 17 Mac lepas.
Muhamad Zaki berkata lelaki berumur 29 tahun itu ditahan pada 12.45 tengah hari dan disahkan positif dadah THC.
"Lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta direman selama tujuh hari mulai 18 Mac sehingga Ahad ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Muhamad Zaki berkata kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 67 tahun terdiri daripada 744 lelaki dan 21 wanita termasuk dua penjawat awam. - Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Lebih 700 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Kelantan
Polis menahan 765 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis di seluruh Kelantan bagi tempoh 12 Mac hingga semalam.