SHAH ALAM : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lebih 60,000 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan racun menerusi pelbagai siri operasi di seluruh negara sejak awal tahun ini.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM berkata, tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.
"JSJN berjaya menangkap seramai 62,132 orang di atas pelbagai kesalahan dan daripada jumlah itu, 128 individu ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
"Hasil tindakan dan operasi ini, polis telah merampas 7,917 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 1,379 liter pelbagai jenis cecair dadah.
"JSJN turut merampas sebanyak 31,856 kg daun ketum, 21,243 liter air ketum serta lapan batang pokok ganja yang membawa nilai rampasan keseluruhan bernilai RM213 juta," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi JSJN pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, seramai 2,669 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 telah dituduh di bawah Seksyen 39C ADB 1952.
Ujarnya, daripada jumlah tersebut seramai 1,533 individu telah disabitkan kesalahan di bawah seksyen yang sama.
Dalam tempoh itu juga, JSJN berjaya menumpaskan 118 sindiket dadah yang terdiri daripada 366 orang termasuk empat ahli kimia.
Katanya, empat buah makmal dadah haram juga berjaya dibongkar.
"Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia, pelbagai aset sindiket bernilai RM32.8 juta disita manakala sebanyak RM2.7 juta nilai harta telah dilucuthak," katanya.
Selain itu, JSJN tegas bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
"Seramai 188 penjawat awam telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah di mana empat daripadanya ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985," jelasnya.
Jelas JSJN, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah untuk salurkan ke Hotline JSJN di talian 012-208 7222. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023

JSJN PDRM berkata, tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983. - Gambar fail

Usaha sambung gencatan senjata: Mesir hantar cadangan baharu kepada Israel dan Hamas
Mesir menghantar cadangan segera pada Ahad malam kepada pihak yang bertelagah untuk menamatkan perang dan menyambung semula rundingan.

Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan
Pengisytiharan itu membolehkan sokongan menyeluruh oleh kerajaan bagi kawasan terjejas.

Peranan Mohamad Norza berubah di RTG, lindungi daripada ketidakstabilan politik - Hannah
Menurut Hannah, keputusan itu bagi memastikan tiada gangguan kepada program RTG sekiranya timbul isu politik.

Putin, Pemimpin UAE bincang rundingan Rusia-AS mengenai resolusi Ukraine
Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin pada Isnin, perbincangan itu berlangsung dalam satu panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin.

Kastam gagalkan cubaan edar dadah bernilai lebih RM1.86 juta
Pengedaran dadah itu menggunakan pelbagai modus operandi termasuk bungkusan berisi pes tomyam disi dengan ganja.
AWANI Tonight: Court rejects bid against ag's appeal on royal addendum order
The Federal Court unanimously dismissed Datuk Seri Najib Razak's objection to the government's appeal on a royal addendum order.
AWANI Tonight: Russia-UAE: Ties strengthen amid shared values and historic bonds
Abu Dhabi’s non-adherence to anti-Russian sanctions reflects strong ties between Presidents Vladimir Putin and Mohammed bin Zayed, says Ravil Gainutdin, Chairman of the Spiritual Administration of Muslims of Russia.
AWANI Tonight: Countries extend giant panda loan agreement
China and Malaysia have extended the loan agreement for Zoo Negara's pandas, Fu Wa and Feng Yi, now known as Xing Xing and Liang Liang, according to Minister Nik Nazmi Nik Ahmad.
Consider This: Healthcare Workforce — Overworked, Undervalued, and Leaving?
Malaysia’s healthcare workers are at a breaking point, with burnout and resignations threatening the sustainability of our medical system. In response, the Health Ministry has proposed some workforce reforms, including a shorter one-year housemanship, an easing of entry requirements for nurses, and a premature cancellation of the Waktu Bekerja Berlainan (WBB) system. But will these reforms ease the burden or create new challenges? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira, President of the Malaysian Medical Association, which is the main representative body for all registered medical practitioners in Malaysia.
AWANI Ringkas: Peniaga jangan jual santan cair - Fuziah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebih 60,000 individu ditahan kes dadah, racun sejak awal 2023 - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lebih 60,000 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan racun menerusi pelbagai siri operasi di seluruh negara sejak awal tahun ini.