Lebih 52 peratus isu audit melibatkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (AG) 2013 telah diselesaikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Audit Negara membentangkan Laporan Ketua Audit Negara 2013 tiga kali di Parlimen iaitu pada 7 April, 16 Jun dan 10 Nov tahun lepas.
"Melalui pemantauan dan langkah susulan yang diambil Jabatan Audit Negara, peratus isu dalam Laporan AG bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan 2013 yang diselesaikan ialah antara 52 peratus dan 66 peratus, katanya ketika melancarkan Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini, hari ini.
Beliau berkata lebih 85 peratus isu audit dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan 2012 diselesaikan setakat 28 Feb tahun ini.
Menurut Low, Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2, yang baru dilancarkan itu, mengambil kira maklum balas disalurkan pihak diaudit dan orang ramai secara atas talian, akan meningkatkan lagi imej perkhidmatan awam.
"Ia bukan sahaja akan menggalakkan ketelusan, tetapi juga memudahkan orang ramai mendapat maklumat padat, tepat dan cepat tentang tindakan kerajaan terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan AG.
"Dengan matlamat untuk membantu Jabatan Audit Negara menyelesaikan isu yang dibangkitkan dalam Sistem Pengurusan Susulan Audit AG, satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya bagi tahun ini ialah menyelesaikan 85 peratus daripada isu audit yang terkandung dalam Laporan AG 2014," katanya.
Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Version 1 dilancarkan pada Mei 2013, yang boleh diakses semua pihak, termasuk orang ramai, bagi mengetahui status isu yang dibangkitkan, sama ada tiada tindakan diambil, sedang diambil tindakan atau telah diselesaikan.
Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 yang dianik taraf itu, turut mengandungi penglibatan secara langsung pihak diaudit, komen orang ramai, maklum balas daripada pihak diaudit secara atas talian dan dokumen sokongan.
Selain mengandungi laporan dan statistik, Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 bersifat lebih mesra pengguna, cepat dan telus.
Low juga melancarkan edisi kedua Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara Edisi 2). Turut hadir Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Sementara itu, Ambrin, yang berpuas hati dengan peratus penyelesaian isu dalam Laporan Ketua Audit Negara, berkata jabatan itu akan terus memantau proses penyelesaian dari semasa ke semasa.
"Ini akan mengambil sedikit masa untuk melakukan tindakan pembetulan yang sepatutnya," kata beliau.
Ambrin yakin Sistem Pengurusan Susulan Audit AG Versi 2 akan mempercepatkan penyelesaian isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan memperbaiki persepsi awam terhadapnya.
Mengenai Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara Edisi 2, Ambrin berkata ia merupakan garis panduan bagi membantu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
"Saya yakin buku ini akan meningkatkan prestasi dalam pengurusan kewangan negara agar mencapai kecemerlangan bertaraf lima bintang," katanya.
Bernama
Thu Mar 26 2015
![Lebih 52 peratus isu audit dalam laporan AG 2013 diselesaikan - Paul Low Lebih 52 peratus isu audit dalam laporan AG 2013 diselesaikan - Paul Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71368629518_295x200.jpg)
PAUL LOW: Lebih 52 peratus isu audit dalam laporan AG 2013 diselesaikan - Gambar fail
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699455072_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
![Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642672231_TBKJ.jpg)
Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.
![Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621594894_NoorNeelofaMuhamm.jpg)
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
![Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604385719_AzalinaOthman.jpg)
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
![Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/41527073002_mujibu.jpg)
Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis
Pelantikan Peguam Negara yang diamalkan sebelum ini memberi persepsi bahawa ada perana Perdana Menteri di dalamnya.
![Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609928323_MahkamahTinggi.jpg)
Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
![Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19 Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513848926_melbourne.jpg)
Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19
Brett bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.
![Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61543725687_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
![Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71559109791_pembangkangAG.jpg)
Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.
![Ismail Sabri desak AG letak jawatan Ismail Sabri desak AG letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554956842_DATUKSERIISMAILSA.jpg)
Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.